Selasa, 23 Jun 2009

bermain-main dengan cahaya semulajadi




Selepas membaca artikel pasal cahaya pagi dari gelanggang foto oleh Ch Is saya pun mempraktikkan ilmu itu di perpustakaan KBM...nanti ada peluan nak bawa Paan posing disini waktu pagi...Saya ni pakar ambil gambar sendiri....kwang kwang kwang..kalau org ambik macam tak confident jerrrr....

Khamis, 18 Jun 2009

Pengertian kasih sayang....

Hari ni tak tenteram jiwa ni..my lovely cat Snowy dari ptg smlm tak der kat rumah...bila malam panggil dia makan ..no respon....anak-anak pulak salahkan Mama dia coz tak beli cage.....bukan tak mau beli tapi kesian pulak nak kurung Snowy..Kalau tak jumpa Snowy nampaknya l dah tak mau nak bela kucing...frustt...bukan senang untuk menghadapi kehilangan....macam sawan dibuatnya....tapi kehilangan anak lagi lah tak boleh cerita seksanya.....siapa yang rasa ajer yang tau....l pernah kematian anak......susah nak sorokkan kedukaan....itu yang orang kata boleh giler merian...siapa tak sayang anak....binatang pun sayang anak......penegrtian kasih sayang pada yang kita sayang bagi l ialah menunaikan tanggungjawab ..contohnya kalau sayang anak...sediakan makan, minum dan pelajaran untuk mereka...juga pastikan keselamatan dan kegembiraan mereka sentiasa...Anak-anak pun mengerti kalau ibubapa sayang anak ..atau tidak...Sesiapa yang masih belum berkahwin ...rugi rasanya kalau u all tak kahwin dan tak punya anak...kahwinlah cepat2 dan pasti anda akan rasa hidup ini bermakna jika dikelilingi anak-anak..lagi-lagi ditambah dengan ayah kepada anak-anak yang bertangungjawab dan penyayang...

Bagi saya ..ambiklah apa pun dalam dunia ni tapi bukan anak-anak...Satu kepuasan jika l dapat membeli makanan yang meraka nak, or barang2 yang mereka minta....dan kepuasan apabila melihat mereka gembira....Yang paling best bila semua berebut-rebut nak duduk sebelah Mama bila tengok tv or wak tu makan ....lagi best bila mereka nak tidur mesti kita kena ada sebelah........Macam tulah anak-anak l ..kalau nak tidur semua berebut nak tidur kat bawah ketiak mama.....I pulak bila depa dah lena..senyap2 pergi kat bilik lain sebab l suka tidur dengan keadaan lapang dan selesa...Itu baru bab tidur....bab makan pulak .....kalau dapat suap anak makan pasti mereka makan banyak..Paan selalu cakap...Paan kalau Mama suap rasa sedap....Bayangkan 4 orang menunggu giliran kena suap...Faqar yang dah tahun 6 pun akan makan banyak kalau kena suap dengan Mama....itulah indahnya dikurniakan anak....Kalau seorang ibu ada duit lebih yang difikirkan adalah untuk anak-anak...tapi tak tau lar pulak orang lain...tapi mak saya macam saya....semua untuk anak....

Tapi kita tidak tahu apa anak akan buat untuk kita di masa depan...selalu kedengaran anak-anak berlaku kejam dengan ibu bapa...semoga itu bukan anak-anak kita ....nauzubillahmizallik...



Anak-anak

permata bonda

Senyum ku ukir keranamu

menitis air mata keranamu

kau membesar dalam pelukanku

Belajr bertatih dan berkata-kata

Menatap sinar matamu yang jernih
seakan kering keringat yang mengalir
anak-anak permata bonda
kecil-kecil kau di timang ibu
sudah besar di lambung gelombang
Walau besar badai melanda
Mana mungkin aku kehilanganmu
Pintaku padamu Ilahi
Ambillah aku sebelum mereka...
kerana aku hanya ada Kau dan meraka

Rabu, 17 Jun 2009

Senja Merah Jingga


Senja merah jingga

datang lagi

Syahdu menusuk kalbu

Kau bertamu

membawa aku melamun

ketasik duka....

Malam pasti datang

Pabila kau berlabuh

Aku benci pada malam....

warnamu yang gelap

nadamu yang sunyi

merobek hati sepiku

Di kamar yang sepi

Aku membilang bintang dilangit

Menatap indahnya bulan

Tanpa pasti...

Adakah ia menyinariku

Esok pasti menjelma

seribu persoalan menjelma

mebenam di benakku

Esok untuk siapa????

Jumaat, 5 Jun 2009

Adik dan kakak...39 years and 22 years....amacam ada rupa adik kakak or emak anak,,or kawan2
Anak2 moly...

Paan dan Ying Yang


Sayangnyer abang pada adiknya....Moga depa membesar menyayangi satu sama lain