Ahad, 31 Januari 2010

Seronoknya hari minggu ini...

hari sabtu dan ahad yang lepas Zia, Sham, Acik dan Angah berserta keluarga datang berkunjung kerumahku.Wah seronoknya aku tak terhingga menerima kunjungan kawan2 ku....mereka makan tengahari dirumahku...menu yang kuhidangkan ialah Asam pedas ikan pari. kerabu pucuk paku dan taugeh campur kerang, masak lemak cili api pisang muda dan masak kicap sotong.....Aku masak simple2 kerana yang membantu hanyalah Aniz di dapur...nasiblah dia banayk membantu...Anis memang suka tetamu mama datang kerumah...Aku memulakan oprasi dari pagi...balik aje dari Pasar aku terus memulakan operasi Masak....jeng jeng at 1pm mereka pun sampai....wah ada present kat aku...selepas lunch mereka kerumah mak saudara Sham dan selepas itu ke Banglow baru Angah. di Krubong Perdana...wah kawan-kawan aku semunya menjadi.....nasiblah aku pun kira menjadi orang juga....walaupun tak der banglow macam mereka semua tapi ada juga rumah yg selesa untuk anak-anak....Entah kenapa hubungan aku dan kawan2 uitm dungun amat rapat berbanding dgn kwn2 di uitm melaka....kami bagaikan adik beradik walaupun bukan selalu berjumpa.....target tahun ni kami akan berfamily day ker Pantai Timur...Cherating....wah2 best juga tu..kalaulah aku dapat beli kereta baru tahun ni...ini merupakan Test Drive aku.....tapi camner yerkkkk nak cari duit buat down payment....moga projek2 aku yang dirancang menjadi kenyataan,,,,,untuk Acik yang dapat hadiah kamera Nikon tu...jum lah join Bengkel Fotografi aku pada 13/2 ni di Melaka....jum lah Acik..kita belajar ambik gambar cara profesional.,,,,,,bila agaknya ada orang nak hadiahkan aku Nikon ni.....dan Acik gambar itu ari yang menampakkan kecomelan aku tu jgn lupa sent to me tau......
Malam tu Tajul belanja kami di Umbai..wah sedapnya semua makanan laut tu...paling sedap udang freshh..apa taknya kalau se kg rm75 mana boleh tak sedap.....Tajul dan Zia aku doakan korang berdua kekal sampai ke akhirat...korang ni memang contoh loving couple lar,,,,Zia..kor jaga Tajul baik2 tau...janagn malas2 kat umah walaupun Bibik tu ader......

untuk Sham....hehehhe bila nak menambah meriahkan anak2..sorang mana cukup....kalau ada anak perempuan sure akan jadi model camera kor tu...dan aku harap kalau nak tambah anak tu tambah dengan Shikin jer tau...janagan dengan orang lain...ahaksss..shikin kor kena kasi aku komisyen kerana menekankan hal ni....

Untuk Acik yang merupakan rakan yang sama bot dengan aku....kebahgiaan itu boleh dicipta sendiri bukan semestinya dari orang lain..Aku nampak kor semakin ceria...begitu julah hendaknya aku ni....anak2 penyeri mu....dan ada pulak iu yang disisimu dimana2....Acik dengar citer kor dah jadi Manger besar kat company Cina...caya lu acik...bukan senang nak dipercayai oleh Taukeh cina....Lagi satu kalau orang tu dah mula pujuk2 kalau hasilnya positif..teruskanlah,.,,,,jangan fikir panjang2..kalau kena share apa salahnyer yerkkkk,,taklah sepanjang minggu kor kena layan dia..ada jadual taklah penat.,,heheheh mati aku kena marah dgn ZIa..Zia yang anti-poligami..

Untuk Angah..

Banglow awak tu dah cantik dah.tapi kalau nak tunggu tambah lagi ruang2 tu bagus juga....masuk umah bila all complete...bagus tu..yang paling aku suka chandelier kor tu......dan aku juga pekenan dengan planning for renovation tu...kalau dah siap jangan lupa aku yer ...nak tengok gak...Aku doakan semoga perancangan angah untuk banglow menjadi nyata dengan cepat...bila nak tambah stesyen petrol lagi.....Anak angah yg nama Amenn tu cute nyer...geram aku .anak aku pun asyik cakap pasal si AMeen balik umah...kalau dok dekat umah aku....boleh aku Si Ameen ...sitomei2 tu....

Aha...bila korang datang umah aku seronoknyer aku rasa...tapi bila petang ahad tu bila dok bersalam-salam nak berpisah terasa sedih dihatiku...yerlah bila korang dah balik aku kembali dengan kehidupan aku.....sesungguhnya tidak dinafikan aku sudah terasa bahang kesunyian.......Aku harap aku dapat menghadapinya.......untuk esok, lusa, dan masa akan datang.....sepi itu indah...
Ini pulak kg Morten..kampung ditengah Bandaraya Melaka....
Boyan pusing di tepi Sungai Melaka

Berposing di kaki lima kedai Bangunan Merah



Aida yang berangan naik Eye on Melaka tetapi hari ni yang dapat naik bot Eye on Sg Melaka


Ermmm....sempat lagi berposing2 dalam bot...



Bot yang membawa penumpang mengelilingi Sg Melaka.....










Gerai-gerai ditepi sungai sepanjang kembara Sg Melaka..






Sementara menunggu giliran menaiki ..sempat juga Aima dan Anis berposing....Anis ni memang pantang suh posing.....nak jerrr...
















Ini pulak siKembar ...punyalah suka kalau kawan-kawan atau saudara mara datang ke rumah....nanti boleh dapat jalan2 dan dapat angpow ...









inilah hadiah dari sahabatku yang berkunjung...bestnyer dapat hadiah...klau macamni lain kali datang lagi lar ...yang tak sempat di snap...coklat kek dari Acik...yummy nyer...dapat dua bekas lak tu..Si anis dan kembar makan tak berhenti...










Wah2 kononya macam pelancong..padahalnya orang melaka gak










Inilah dia Zia dan Aku..zia kawan yang paling lembut berbicara yang pernah aku temui....love you zia...very supportive frenzzz for ever












Aha..dapat juga ambik gambar sham dan tajul...depa nak lari mana dah dok dalam bot...dari kiri sham, tajul, sarah dan faliq 9anak zia dan tajul) dan Zia yang tengah dok belek2 kamera...













Ini pulak my 4 kids,..paan demam tak dapat ikut...he stayed with his dad...sian Paan...tak der...













Isnin, 25 Januari 2010

Angin takkan jadi apa wlaupun dicincang


Kau, aku dan malam

Pernah...
AKu kau dan malam
berbicara tentang hati tentang rasa
Kau hanya mampu tersenyum
lalu merenungku
lalu membisikkan padaku
indahnya purnama
tak seindah wajahku
serinya bintang
bak sinar mataku
bayu malam pun menerpa
lalu kau tiupkan aku
seruling rindu dan
lagu itu membawa aku pulang
ke duniaku....
Kau bukan lagi mimpi fantasiku
kerna kau nyata dalam hidupku
Walau tidak terdayaku sandarkan harapan
diluar batas mampumu
Walau goyah langkahku hayun
Di atas batas-batas cinta
Kupanjatkan doa
Agar kau dan aku
Bahgia damai selalu
Walau didunia penuh beza
impianku dan impianmu
adalah satu

Ahad, 24 Januari 2010

Kaulah Bahgia kaulah Derita..(2)

Rentetan aku menukar pitching dan volume suara terhadap anak-anak...mereka telah menunjukkan feedback yg buat hati ku bagai dicarik2....Apataknya sikembar dah kata
Mama dah jadi jahat...nak tinggal dengan ayah lagi best..nanti ayah akan beli semua yg kita nak....aku cakap kalau nak makan saper nak masak..depa kata ayah akan bawa makan kat kedai......wahhh semakin mencabar rupanya anak2 aku ni.....dari hari sabtu sampailah hari ahad mereka dok cakap tak sabar2 nak tinggal dengan ayah.....Mama dah jadi garang Mama dah kuat membebel...tapi sebenarnya setiap kali aku meninggikan suara aku rasa bersalah dengan diri sendiri tapi niat untuk mendidik.....sekurang-kurangnya Kak Long tak berani pegang hphone miliknyer selagi ia dalam handbag aku...Faqar dan Kak Long pulak akan bangun dr depan tv bila aku cakap psal sembahyang walaupun diulang lebih 3 kali....

Kenapa anak lebih mendengar kata ayah dari ibu..padahal ibulah yang penat2 dirumah dan mencari rezeki....dulu aku pun sama ..takut dengan ayah....masa anak aku masih punya ayah yang tinggal serumah mereka pun takut dengan ayah..cakap sekali terus buat.....
Dalam kepenatan mendidik anak-anak aku mula berfikir......kenapa ada orang mudah hidupnya dan kenapa ada orang sukar perjalanan hidupnya....Ada orang hidup senang, punya harta,punya suami misali, punya anak-anak yang patuh dengan ibubapa dan cemerlang disekolah...ada orang nasib nyer bertingkat-tingkat masalahnya....suami penagih, anak mengandung anak luar nikah diri sendiri kerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan adakalanya kais2 pun tak dapat makan....aduhai misteri alam sukar untuk dimengerti..hanya iman yang memberi petunjuk segalanya dan hanya taqwa yang jadi penawarnya...Terkadang bisikan syaitan menghembus tempias kebencian padaMu...tapi aku fikir kenapa melihat orang yg lebih bernasib baik..kenapa tidak melihat yg lebih buruk nasibnya dari kita....
Adakala ilmu akal yg tinggi juga bisa disesatkan dengan sikap tidak bersyukur....
Orang yang tidak bersyukur dan menerima kelemahan diri dan menyalahkan orang lain tidak akan berasa nikmatnya hidup......Aku rasa aku terkadang menjadi orang yang tidak bersyukur Ramai yang berkata terimalah seseorang seadanya ..tetapi bagaimana hati dan perasaan hendak menerima ,jika dengan menerimanya akan hanya merobek-robek hati dan rasa. ....oh Tuhan semakin berusia semakin sukar teka-teki kehidupan ini.....

Sabtu, 23 Januari 2010

Kaulah Bahgia kaulah Derita..(1)


Kalu baca tajuk macam aku nak tulis kisah cinta.tapi apa yang nak ditulis ialah cinta pada anak-anak yang 5 orang ni....makin lama makin mencabar sebagai SM ni...maklumlah anak-anak dengan Mama memang tak menakut.....aku paling bengang bila apa yang aku suruh depa buat tak layan..tapi bila volume dan piching aku dah berubah baru nak buat..Pertama sekali aku bengang dengan my no 1 and no 2...liatnya nak suh sembahyang 5 waktu....suka meleka2...dulu aku kecik2 tak der saper suh sembahyang,,,,,,mak dan ayah masa tu tak beratkan pun hal2 ni....tapi bila aku pergi beraya umah cikgu aku..kawan-kawan lain tumpang sembahyang...masa tu aku darjah 4 rasanya...mak oiiii malunya aku sebab aku tak tau sembahyang....macam nak menagis masa tu.....dari hari itu aku belajr sembahyang....walaupun masa tu mak dan ayah tidak bising2 dan ajar pun aku sembahyang..maklumlah zaman dulu hal2 agama ni tak berapa diberatkan sangat..tambahan pula ayah aku hidup dalam dunia Budaya Cina...sebab dia bekerja dengan Taukeh Lombong bijih ....

Aku beruntung kerana ada opah saudara yang ku panggil Opah Tupin dan anak-anaknya yang ku anggap mak saudraku wlpn mereka hanya sepupu mak aku saja.... mereka tinggal sekmapung dengan ku....keluarga nilah yang selalu ku contohi untuk bab2 agama ni....Di sekolah mengah walaupun bersekolah Convent aku berbaik dengan Ustazah Zaleha yang sanagt baik dengan ku....aku paling suka subjek Agama Islam dan merupakan Top scorer dalam kelas walaupun baju sekolah yang aku pakai skirtnyer singkat..aku pun hairan kenapa aku tak der baju kurung...dari situ aku belajar agama..pada waktu solat disekolah aku dan kawan2 akan bersembahyang di surau sekolah..Keluarga Opah Tupin bertambah rapat dengan aku setelah aku selalu menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan...teringat lagi SRP ku masa tu aku mendpat 9 agreget dengan 6 A...pada masa dulu keputusan begitu sudah cukup hebat untuk budak kampung yang serba serbi miskin yang selalu tak der duit untuk tambang naik bas ke sekolah.walaupun sekolah yang berdekatan ada tetapi aku memilih berseklah di bandar dimana ayahku pun menyokong keputusan aku..sekolah tersebut jaraknya lebihkurang 30km dari rumahku...saudara mara mengumpat keji tindakan ayah menghantar aku bersekolah dibandar...bukan aku takder peluang bersekolah asrama..tetapi semasa ujian MRSM diadakan ayah tak der duit untuk menghantar aku ke pusat ujian tersebut ..
Semasa tingkatan 3 ayah dan mak membuat keputusan pindah dari Parit 15 Chikus teluk intan ke Simpang 4 kampar perak...aku pun memohon tinggal di asrama puteri bersama budak2 Rancangan Khas...dengan itu bermula TIng 3 aku tinggal di asrama..dari sana aku byk belajar bab2 agama..maklumlah disana ramai pelajar2 dr kaum Jawa dimana mereka ni memang punya didikan agama yg baik....kak long pula pada masa ini telah mengikuti kakak angkatnya yg berkecimpung dalam Al-arqam..apalagi bila Kak Long dah berjinak2 dengan persatuan Islam ini...habis ayah dan mak ditarbiyah nyer.....aku berlainan dengan kak long...aku buat apa2pun untuk diri aku..orang lain aku pandai nak nasihat...maklumlah siapa kita nak memandai2 psal agama ni....sehingga sekarang pun aku tak pandai nak komen2 psal hal ni dgn org lain...tapi untuk anak-anak tu sudah menjadi tgjwb....syukur alhamdulillah wlpun aku tidak mendalami byk psal agama tetapi aku akur dengan suruhaNYA...

Tetapi bagaimana yer nak mendidik anak2 supaya tidak meninggalkan sembahyang...kalau masa bersekolah dan ada mak yang mengngatkan masih tidak mahu sembahyang cukup 5 waktu bagaimana jika mereka hidup sendiri nanti....apa yang aku belum buat ialah merotan..

Aku juga semakin goyah bila bersendirian mendidik anak2 yang macam2 hal dan kerenah..sekarang aku terpaksa meninggi-ninggikan suara dengan tujuan mendidik....
Betul kata Kak Long aku terlalu mengikut kemahuan anak-anak..sekarang baru aku sedar aku terlalu memberi kuasa membuat pilihan kepada mereka.....nasib baik seseorang menyedarkan aku....Aku bermasalah apabila menyediakan menu untuk waktu makan.....anak2 punya citarasa berlainan...jika aku memasak makanan yg diminta oleh kakak ..adik pulak merungut dan boikot tak mau makan......Si kembar sanggup tak mau makan jika apa yg aku masak tidak kena dgn seleranya...wahhhhh dahsyatkan anak2 ni...masa aku kecik-kecik dahulu agaknya bagaimana yer.....yang aku tahu aku tak suka ikan masin dan ikan sardin...lain semua aku makan....tapi masa aku sekolah rendah lagi aku sudah pandai masak...sebab mak ke sawah dan aku kena jaga adik2 dan membuat kerja rumah.termasuklah basuh kain dan pinggan mangkuk di tali air..dan mengangkat air minuman ke rumah...aktiviti petang disekolah jarang aku turut serta kerana menjaga adik2....maklumlah aku anak ke 2 dr 8 org adik beradik.pada masa aku berumur 14 tahun...sekarang kami ada 10 org adik beradik...walaupun susahnyer hidup tapi aku tidak menyesal punya mak dan ayah yang miskin..cumaaa aku pernah kena penampar dengan ayah kerana mempertikaikankan kredibiliti dia sebagai seorang ayah dalam islam...demam 3 hari aku dibuatnya..Tetapi anak-anak aku sekarang too demanding....ikut selera depa saja....dari makanan pakaian sampailah hal rumah dan kereta....samapikereta pun anak-anak sibuk memujuk tukar yg baru mcm kawan depa...masyaallah dapat kereta dan rumah yang sekarang ni pun aku bersyukur byk2 kepada Tuhan.....aku terfikir kalau aku tiada didunia ini mampukah mereka hidup sebagaimana apa yang aku sediakan sekarang..

Kalaulah ada kamera masa aku tinggal di kawasan sawah Parit 15 Chikus dulu pasti anak aku tak percaya..disitulah aku dibesarkan.....masih tergambar dalam ingatan sebuah rumah yang berlantaikan tanah dan berdaun tingkap guni padi...jauh dihujung sawah.....tiada berjiran...sebab ayah membina rumah di hujung sawah kerana itulah tanah swah miliknyer..untuk ke seklah aku perlu meredahbatas2 sawah...bila musim membajak batas2 ini ditimbuni lumpur2 kerana semua rumput2 dr sawah dinaikkan diatas batas.....aku akan mengangkat skirt sekolah dan memjinjing kasut meredah sawah dan tali air yg titinya sebatang kayu sejauh setengah km untuk sampai ke jalan tanah merah...dari jalan tanah merah aku akan menyarung kasut dan berjalan kaki di atas jalanraya sejauh 6km untuk ke sekolah kebangsaan chikus..bukan tak der bas tetapi tidak mampu membayar tambang bas...kalau ayahku baru dapat gaji merasalah aku naik bas...atau kalau tertembung dgn cikgu2 yang pakai kereta mereka akan menumpangkan aku dan adik2...semasa kak long masih bersekolah rendah dapatlah aku dan midah membonceng Kak long duduk dibelakang basikal tua mcm basikal sudirman milik ayah....sambil mengayuh basikal kak long akan marah2 sebab berat dan kami tidak mahu duduk diam..kadang2 kak Long akan menampar kami dibelakang sambil sebelah tangannyer memegang handle basikal...Kak Long memang terrer bawa basikal...tidak macam aku basikal besar ayah aku tidak tahu menungangnyer.....suruh ayah beli basikal kecik sampai habis sekolah rendah tak dapat dibelinya....aku terfikir kalau anak-anak aku yg perlu melalui semua ini sudah pasti mereka tak mau pergi sekolah..bagaimana mereka boleh bayangkan perut kosong dan berjalan kaki ke kesekolah...

Aku bersyukur kehadrat ilahi dengan apa yg kau kurniakan padaku,,,,,sekarang ini.....aku dan adik beradik yg lain mampu menukar taraf hidup ini dengan sokongan mak dan ayah yg aku sayangi...cuma ayah dijemput ilahi dahulu dan tidak dapat melihat kejayaan anak2nya.....al fatihah untuk bapaku Mohd Noor Bin Apol,,,,,bagiku dialah pejuang

Selasa, 19 Januari 2010

Aku insan biasa


Aku insan biasa

punya rasa punya cita

pernah dulu ku berikan

jiwa dan raga ku

pada yang bernama insan

Kupahat setiap harapan

bertahta menjadi impian

hari berlalu

kau insan dimata

namun nesan dihati

Kau mamah jiwa raga ku
menjadi beku

kau penggal impianku

terbenam dilubuk nestapa

Ingin aku betanya

pada bahgia pada kasih pada rindu

masihkah ada esok untukku
Di ufuk barat

Aku menadah kelangit

Dan bersimpoh dibumi

memohon Qadha dan Qadharku

Agar renjiskan aku

tempias kasihMu

Berikan aku

Kesempatan

sebelum ajal men jemputku

Tuhanku

Hanyakau Yang Satu












Khamis, 7 Januari 2010

Nov 2008




Dec 2009

huwaaaaaaaaaaaa...apa dah jadi dengan my sweet face...diet memang kena diet.....)


Wahhh...hari ni bermula dengan indah sekali..mungkin semalam suatu yg terbenam dibenak hatiku terlerai....salahfaham dengan seseorang yang amat rapat dengan kita akan menjadikanm hari kita kelabu dan berdebu...hari ini tidak seperti semalam semalam aku memulakan hari kerja dengan titisan air mata...pagi aku mulakan hariku dengan senyuman menguntum dibibir...masuk kelas BACC 2..aku mengajar Prinsiples of marketing...surprised me...budak2 ni rupanya my x studen las sem...wah...bagusnyer depa...dar sem 3 diploma lompat terus sem 2 degree accounting,,disebabkan CGPA result 3 sem berturut2 more than 3.0....Rasa mcm nak peluk jer depa ni...depa pun sama...terkejut...aku suka mereka kerana half of their class get A for Principle of Managment sem lepas...dan aku amat berharap all of this class will score A for marketing....
Induction set pagi automatik datang...aku suh depa promote/ introduce theri frens to me....is like promoting a product..apa lagi gamat lar kelas...heheheheh
May this class motivate me and make me happy for the whole semester....i love my students....

Rabu, 6 Januari 2010

Ketika Cinta bertasbih


Pagi-pagi selepas menjalankan tugas sebagai supir di pagi hari..aku dihadiahkan dengan lagu Bila Cinta Bertasbih di radio FM....touching sungguh lagu Indon ni..gemersik dan menyentuh kalbu....lagu ni dalam hp aku tak der lagi....try download pagi2 ni semua block maklumlah..guna website uitm....lirik dan lagu sememnagnya sedondon.....sehingga menitis airmata aku ..nasiblah ada seorang kawan yang juga 7.40 dah spai kat parking keta tu..aku pun menyapu2 mata...malu lah juga...dibuatnya....apa taknya diusia begini kenapa lagu2 dihayati begitu extremm gitu..actually lagu ni pernah di highlightkan oleh seorang kawan...dan selepas tu aku jatuh cinta dengan lagu ini....

Ketika Cinta bertasbih (Melly Goeslow)

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

[**]
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Back to [*][**]

Cinta...

Back to [**]

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih


Lagu yang menyentuh jiwaku di pagi ini.......




Tapi bila bercakap pasal indonesia aku ada seorang kawan yang sememngnya teristimewa buatku..dia ni anti betul dengan orang indonesia,,dalam diam2 aku juga punya perasaan yang sama..dalam kelas semalam aku meng highlightkan kebencian ini dalam le
cture kelas OB ku..diversity of workforce..and how managment should coop....yer contoh aku orang Bangla, Indon, Nepal and Philipine...standard Indon datang ke Malaysia...perempuan ...jadi bibik lelaki kuli kontrak...tetapi sudah pandai minta hak macam2....meluat aku dengan kerenah Maid ni....pengalaman yang menjijikkan...

APa-apa pun pasal Indoesia..lagu kegemaran aku banyak dari sana..Ungu, Rossa, hetty kos endang, brorey,...apa lagi trend sekarang ni orang melayu ber shopping sakan ke Indonesia...aliran wang malaysia sudah pulang ke Indon....dari shoppingnya dan upah pekerjanya.....

sudah jam 9....aku kena prepare power point for tomorrow lecture....Principles of Marketing......hari ni i aku tak der kelas..semester ni Khamis adalah public holiday...yabedabeduuuuuuuuu


Selasa, 5 Januari 2010

Salam tahun baru

Wah tanpa kusedari tahun baru pun tiba......dan telah kulalui penuh semangat..yerlah apa tidaknya...5 orang anak telah bersekolah..yang bongsu di Tahun 1, sikembar tahun 4, Faqar Ting 1 dan Anis Ting 4...Dalam mengira-ngira belanja yang diperlukan rupanya menyekolahkan anak zaman sekarang semuanya memerlukan duit..Anak-anak tidak akan gembira kalau peralatan sekolah tidak yang baru..alhamdulillah anak-anak aku berpakaian baru semuanya kecuali kak long dan faqar memakai kasut lama kerana kasut mereka dibeli sebulan sebelum cuti sekolah lepas....Yang bagusnya anakku lebih memahami aku tahun ini...kelima2 memakai beg lama..kerana bila buka stor ada lebih 10 beg lama yang masih elok...setelah dibasuh dan di clorox semua nampak baru....bagus juga membeli beg yg berkualiti.alah membeli menang memakai....walaupun harga lebih RM50 satu ....Kembar memamng nampak semanagtnya berkobar-kobar tahun ini..tidak hairan dengan rancangan Astro...Faqar juga sama...Anis pulak tukar sekolah..PMR nya tidak berapa bagus..1A 4B 3 C....tidak mahu kelas sains atau akaun...hari ni aku dah masukkan ke sekolah baru ....walaupun kelayakan boleh ke kelas sains atau akaun aku memutuskan dia mengambil kelas Ekonomi Asas....kombinasi subjek teras dengan perdagangan, ekonomi asas, seni visual dan ERT...kalau dia cemerlang spm maybe boleh ker ambil arkitek, kalau kurang aku nak masukkan dia bidang fotografi atau business study...


Tuhan Izinkan aku
bercerita padaMU
tentang hati,
tentang rasa,
Kaujadikan aku sempurna
seadanya....
selaut rasa, selangit impian
kau hadiahkan aku
sebentuk hati...
walau sukar dimengerti...
ke ufuk timur aku berdiri
bertasbih aku pada kasih sayangmu
agar dapatku hirup udaramu
penuh syahdu..
tuhanku hadiahkan aku
Mahligai impianku.
Agar dapat aku pulang
untukku ku kenal
Bahgia indra lokamu..