Jumaat, 21 Mei 2010

bicara hati

pilu membius rindu
hati semakin membatu
rasa seakan membeku

Seluruh alam
bagaikan sinis tersenyum
menyaksi cerita kau dan aku

ku bekukan rasa ku batukan hati
kerana aku hanya ada kamu
walau aku jauh terpinggir
dan terbenam di laut rasa

terkadang ingin aku
menoktahkan kenangan
namun hati tetap
mendendangkan rindu

andai aku lemas
dan karam
menobatkan cinta
aku pasrah
kerana
Siang menjanjikan malam
Namun Malam tidak menjanjikan bintang
Terimakasih tuhanku
kerana sempat aku menapak
di birai kasihmu

Jumaat, 14 Mei 2010

Life is unpredictable



Avanza kesayanganku ditarik oleh kren ke Balai Polis.

Hari sabtu yg lepas aku mendapat panggilan talipon menyatakan mak saudaraku di kg meninggal dunia...Aku pada masa tu sdg berfasilitator terpaksa membantalkan kijer separuh jalan.Pada awalnya aku bercadang utk menaiki bas sahaja pulang ke Perak,,,namun dlm perjalanan pulang dr D village aku memutuskan membawa anak2 pulang ke kampung dgn menaiki kereta..kelam kabut Anis mengemas barang2 ..jam 5.30 aku pun memulakan perjalana...setiba kami diSeremban hujan turun dgn lebat sekali jalan licin..tetapi memandangkan aku hendak memberi penghormatan terakahir kpd jenazah aku pun memandu dgn agak laju 120km/j dalam hujan ...setiba di area Senawang tiba2 kereta jem...di penurun bukit..TIba2 break kereta tidak berfungsi...aku hampir panik dan menjangka akan berlaku kecelakaan..Tetapi aku dgn cepat bertindak membuat aksi driff dgn melelong-lelongkan kereta kekiri kekanan...supaya lambat utk spai ke kumpulan kereta yg sedang jem...bila kereta dapat ku perlahankan lantas aku menarik handbreak dan mengarahkan kereta ke arah divider sebelah kanan highway..wahhh kereta berhenti kurang satu kaki dr kereta yg sedang jem.dan lebih kurang ssejengkal dr divider.Tanpa melenggahkan masa aku terus memandu juga kerana sekiranya aku berhenti pasti ada kereta yg laju akan melanggar aku dlm hujan ini....dgn tgn mengigil aku minta anak ku Anis minuman...terketar2 tgn ku memegang stering namun smgt ingin pulang ke kg dgn cepat membuak2...aku sampai di kg dgn selamat pd pukul 8.55..congakan aku dlm 3 jam setengah aku memandu dr melaka keKampar Perak.Alhamdullillah aku spai 5 minit awal dr kereta jenazah yg membawa arwah mak saudaraku dr rumah anaknya Paka Terengganu...malam itu juga jenazah dikebumikan,,alhamdullilah semuanya berjalan lancar..pengalaman aku mengucup mayat merupakan suatu yg menakjubkan...Keesokan hari pd sebelah petang aku dan adik beradikku ingin pulang bersama2...Olehkerana keletihan dan kurang semangat utk memandu aku meminta adikku memandu utk ku sehingga ke Kl dan aku akan memandu ke Melaka...Setiba di Sungkai highway tiba2 agak slow....tiba2 kereta dihadapanku berhenti kerana sebuah kereta memotong dgn cr bahaya yg membuatkan dia terberhenti,,,Adik aku memberek kereta tapi malangnya jarak agak dekat dan kereta kami melanggar ponggong kereta Vios tersebut...TIdak spai setengah minit kereta kami dihentam 2 kali dr belakang..Merz dan Kia..uhhhh segala-galanya berlaku didepan mata dlm sekelip mata...Sudah ditakdirkan aku kemalangan ..macamana dielakan tetap berlaku jua,,,,,,,Sejak hari itu hingga hari ini aku tidak berani memandu laju,,,paling tinggi adalah 90km sejam....itulah iktibar untukku...Alhamdulillah aku dan anak2 aku selamat tanpa kecederaan..cuma perasaan terkejut yg melanda...Kepadamu Ya Allah..kepadaMu aku berserah hidup dan matiku hanyalah untukmu...hindarkan aku dan keluargaku dari kemalangan dimasa-masa akan datang...aminnnnnnnnnnnnnnn

Selasa, 11 Mei 2010

Aku dan Duniaku

Inilah duniaku.....laptop handphone makanan dan buku...semua ni sudah cukup untuk membahagiakan aku...itu bermakna bahgia itu ada dimana-mana......

Khamis, 6 Mei 2010

i love my orchid






Dulu aku adalah pengila orkid...merata ceruk rantau aku pergi sekiranya ada pameran orkid....ayah anak2 aku masa tu suka melayan hobi yg gile kan orkid...ini adalah koleksi orkid aku yg menjadi kenangan..dari lebih seratus pasu yg aku ada kini hanya tinggal dlm 20 pasu....sekiranya aku ada masa lebih dan duit lebih aku ingin memulakan semula kegilaan orkid ini...biar rumah ku berseri-seri dihiasi kuntuman orkid,,,tapi sekarang orkid aku macam merajuk....mereka tak mau berbunga lagi kerana aku tidak selalu membelai2 mereka..apa nak kata aku lebih suka membelai keyboard laptop ku lagi....pada orkidku sayang..bebrungalah...ceriaknlah hati ku ini......