Selasa, 18 Ogos 2015

Rasa sungguh happy hari ini

Assalamualaikum penunggu blogku..happy hari ni sebab dah tau pw sign in...byknya nak update kembara cintaku bersama yg tersayang..slps krabi kembara contaku:
Luar msia:
mekah
Vietnam
Bukit tinggi
bali

Dlm msia:
P perhentian
Langkawi
Pulau pemanggil
Cameron
Pd
Dll

Moga sempat update gbr cahaya kegembiraanku bsama cinta hati conta hatiku

Ahad, 28 Julai 2013

Kembara Cinta 1-Krabi Thailand

Bercuti bersama yg tersayang adalah keindahan dan kegembiraan buat semua orang.alhamdulilallah aku jua diberi kesempatan oleh ya Rahman utk menyaksikan kejadiannya ....kenapa yer aku memilih KRabi n Bandung sebagai destinasi kembara cinta pertama kami..hah ni semua tak lain tak bukan...

 
Inilah my laling cum my body guard ....
 
 ini gambar hari pertama sampai di Krabi...lepas rehat2 ptg turun ke Pantai Aonang,,sambil posing2

 

 
 
 
 
Inilah hotel/resort yang kami tinggal di Krabi...Krabi Beach Resort...sangat puas hati kerana bilik yang besar dan ada kitchen yang complete sekali..juga cafe nya yang berdepan dengan swimming pool dan beach yang sgt cantik
 
kerana pembacaan blog di website yg menggambarkan keindahan pulau2 di KRabi dan syurga soping org MAlaysia di Bandung....Krabi memang indah pantainya dan hidupan lautnya yang membuatkn ku jadi ketagih snorkeling....Manakala Bandung pula aku terpegun dgn selling skill peniaga2 disana..sebelum ini tak berani nak melancung luarnegaran kerana tiada siapa nak temankan..NAsib ada my laling yg menjadi body guard. ...Tq yer B...kami ke Krabi 3 hari dan di Songkla/Hadnyai 3 hari..lepas tu overnight semalam di KLIA esoknya pepagi terus ke Bandung dan Puncak....


 

 
Ini pula posing   Island masa kami ikut trip 4 Island Hoping.pulau yg terlibat Phupranang, Chicken Island dan 2 lagi tak ingat pulak namanya.
 Caj untuk utk seorang cuma RM80 utk 4 pulau. Actually market price RM120. ( tip utk dpt harga camtu terus pergi ker kaunter island hoping iaitu di Aonang beach, bukan guna travel agency dapat murah tu sebab adik yang kat kaunter tu org Islam so dia kasi special price kat kami)...

 
Hahahaa..terkejut kami rupanya di Phupranang Island ni ada gua yang sesuai untuk lelaki yang berhajat besar...My Laling siap pasang cita2 nak bertapa kat sini semalam dua....( tak payah lar abang,....kang ada yang masuk spital)...


ini pula snorkeling time at Chicken Island...syokkkkkkk abisss...banyak ikan dan air sangat jernih
 
 
Untuk pengetahuan di Krabi 90 percent penduduknya Islam dengan itu kita akan dengar azan berkumandang di masjid2 terdekat....makan disini tiada masalah pergi saja ke gerai2 yang tuan punyanya memakai tudung dan ada tulis Allah dan Muhammad dan ditulis halal..mereka sgt baik dengan pelancong2 sesama Islam....Tapi olehkerana krabi adalah World Tourist Attraction makanan disini boleh tahan mahalnya..jagung bakar setongkol RM6 sedangkan di pasar malam tempat kita paling mahal pun RM2........



Cakap pasal makanan teringat pulak rojak buah versi Siam...mak aiiii sedapnya colek garam belacan dia....yang akan membuat aku nak ke Krabi lagi sebab rojak buah dia ni lahhhhh.....

Untuk pengetahuan kami tidak menggunakan travel agency semasa bercuti di sini..Hotel saya guna perkhidmatan Agoda dan yang lainnya semua tiba di Krabi kami pakai redah saja,,,buat style macam mat saleh yang melancung...dan rasanya selepas ini pun kami akan guna cara begini kerana ianya free and easy....tak der jadual yang kena ikut....dan saya pasti ianya lebih murah berbanding menggunakan khidmat travel agency.....Oklah cukuplah untuk Kembara Cinta di Krabi..mata pun dah ngantuk...nanti kalau ada masa nak story pulak pasal bercuti di Hadnyai Songkla dan Bandung...








Jumaat, 26 Julai 2013

indahnya pelangi

Kehidupan ini amatnindahnjika kita melaluinya penuh redha dan pasrah...itulah yg hendakku mulakan entri ke 2 tahun ini....sem6a manusia inginkan yg bagus dlm hidup kita namun yg maha KUasa yg lebihbtahu apa yg terbaiknutk kita...sebab itulah DIa tidak selalu memberi apa yg kita pinta tetapi memberinapa. Yg kitanperlukan. ?.bersyukurbdan berusaha dan berdoalah agar keberkatan dan kebahgiaan itu milik kita.....sekadar mengingatkan diri sendiri....

Jumaat, 1 Februari 2013

duniaku

Setelah sekian lama baruku lawati blog yang suatu masa dulu menjadi temanku....kesibukan hidup membuat aku hampir melupakanmu wahai blog....apa yer aku nak update setelah sekian lama..ermmm

anak2 semakin dewasa
kita terpisah demi cita2
kudoakan kalian berjaya mengejar cita
jadilah anak yang soleh dan soleha
walau mama diulit cinta indah
kalian tetap perjuangan utamaku
nur anis mashitah jadilah teladan untuk adik2
muhammad ezzulfaqar ini adalah darah dagungmu
terpikul dibahumu amanah Allah
Si comel kembarku
jadilah insan bersyukur berusaha dan jayalah dunia dan akhirat
simanja farhan...sesuatu yang hebat bukan datang dengan sendiri

buat suamiku
kau pahlawanku
kau pria terbaik untukku
kerana kau amat istimewa
menerima aku seadanya
dan menobatkan cinta hingga ke mahligai indah
terimakasih kerana menyintaiku
dan membawa aku dekat padaNYA
Ya Allah aku ingin terus berada dalam pelukannya
walau bertiup angin sangkakala
walau tiada bulan dan mentari
abadi selamanya

Terimaksih Ya Rahman atas kasih sayangMU

Ahad, 18 Mac 2012

Onak Rindu





diredup sore

menatap suram alam

kupetik kelolak merahmu

kuletak dirambutku

wangimu

membenam aku dibirai kenangan

suatu malam suram hening

kau hadir lalu tenggelamlah bahteraku hancur

kaukah itu

yang pernah menjanjikan bintang bulan dan mentari

terperuk aku membilang noda

yang kau ukir disudut hati

membuai aku satu impian

membawa aku

melangkah pergi kerana

kejora itu bukan untukku

bulan pula gerhana warnanya

dan mentari itu

membakar hangus sisa cinta

yang masih ada.


suram senja mewarna mimpi
menitis embun dihening sunyi

kulangkah kaki menyatakan mimpi

agar aku bisa terus berdiri,,,,




































Ahad, 10 Oktober 2010

lelaki oh lelaki

Tuhanku
Aku bukan menentang qadhamu
Juga bukan sangsi dengan ketentuanmu
Namun aku tertanya-tanya
kenapa
insan yang yg ikhlas dan lembut hati
bisa diketemukan dengan lelaki
yang rakus dan mencengkam hati yg mulus itu

Jika kau janjikan pahala kepada kebaikan
dan dosa kepada kejahatan
Aku mohon padaMu ya Rahman
jangan kau temukan wanita
yang hatinya bak sejernih embun pagi
dan lembuta bak sutera
dengan lelaki yang sekupu dengannya

Menitis airmataku
Pabila rakan2
bergelut menanggung derita
keranaMu lelaki yang
beraja dihati bertuhankan nafsu

Wahai temanku
Keringkan airmatamu
kerana takdir mencorak hidup
maka kita perlu mewarnakan
impian..
Bahgia ada dimana2

Jumaat, 8 Oktober 2010

RIndunya padamu Blogku

Wahai blog kusayang maafkan aku kerana telah lama kau kutinggalkan...tuanmu ini bz memanjang ibarat 5 in 1..1 nasa nak buat byk kijer......selalunya semenjak join uitm kau akan ku belai bila cuti sem....

untuk pengetahuan pada siapa yg terbaca blog ini...aku sedang enjoy dengan darling baru ku..namanya D500...byk gambar ku ambik tapi line internet di sini mcm beruk band celcome memang menghampakan......

aku juga berasa sungguh gumbira kerana dalam bulan september dan oktober aku telah mencapai im[ianku...

Punya Pacar hensom D5000 dan juga sudah ada Sexsytery baru dari PC world. dengan skrin 24 inci tu with grafik kad lagi......indah duniaku lalallallala ..

huwaaaaaaaaaa tapi poket ku kurus....

Impianku yg belum tercaapai...IPHONE 4 jadi idaman juga new bedroom set....alahai kalaulah ada boyfren yang nak hadiahkan aku sure dialah bfren ku hingga akhir hayat.....
tersendu [ulak bila kawan2 dok bercerita denganku suami masing2 dok belikan mcm2 present.,,,,k mizaaa jeng jeng ini present dr my hubby...cantikkan....Mizaaa...I m abourt ni...surprise vacation from my hubby......k miza.....mlm ni I ada dating,,bfren I nak surprise I ,,,apa lah agaknya kali ni dia nak kasi,,,,,,,waduh2 kawan-kawan sukar utk aku menerima masih ada lelaki yg menghargai isteri atau kekasihnya mcm apa yg u all dapat...kepada sesiapa yg punya suami yg baik dan caring dan pemurah dan penyayang dan pemnberi maka jagalah mereka baik2....bukan senang mencari lelaki budiman yang m,embahagiakan wanita...Ahaaaaakkkk kata-kata dari seorg yg selalu kecewa kerana lelakilah kiranya ini.......
Namun begitu aku ini tetap bahagia dgn D5000 aku kerana ianya memberikan aku keseronokan dan ke glamouran......apa idaknya bukan selalu lecturer pom[puan dok mengklik2 bila ada apa2 event kat uitm ni....so rmai lah lelaki yg cuba berbaik2 dgn I sebab sehobi.......heheh so para isteri2 tu jangan jeling2 I ni...tak der nyer I teringin nak rampas hak orang...tapi kalau dah rezeki dan dengan kebenaran apalah salahnya kan kan kan...... ngeri pulak rasanya,,,,anyway i happy to be alone and will be alone ...apa nak kata lagi......cinta bersegi nanti akan bisa menikam diri.......................i love to sleep alone ...


aduiii hampir sejam tunggu gbr tak abis upload...so nantilah gambar oiiii ,,,aku nak ke pasar borong ni,,,bye dearrrrrr

Rabu, 4 Ogos 2010

24 jam tidak cukup untukku sehari...

lama sungguh tidak ku belai blog ku ini....sibik sekali...banyal sangat aktiviti....anyaranya

1, keja hakikiku,,,ngajor OB dan MKT,,,,,sedang berlanxunggg

Jumaat, 21 Mei 2010

bicara hati

pilu membius rindu
hati semakin membatu
rasa seakan membeku

Seluruh alam
bagaikan sinis tersenyum
menyaksi cerita kau dan aku

ku bekukan rasa ku batukan hati
kerana aku hanya ada kamu
walau aku jauh terpinggir
dan terbenam di laut rasa

terkadang ingin aku
menoktahkan kenangan
namun hati tetap
mendendangkan rindu

andai aku lemas
dan karam
menobatkan cinta
aku pasrah
kerana
Siang menjanjikan malam
Namun Malam tidak menjanjikan bintang
Terimakasih tuhanku
kerana sempat aku menapak
di birai kasihmu

Jumaat, 14 Mei 2010

Life is unpredictable



Avanza kesayanganku ditarik oleh kren ke Balai Polis.

Hari sabtu yg lepas aku mendapat panggilan talipon menyatakan mak saudaraku di kg meninggal dunia...Aku pada masa tu sdg berfasilitator terpaksa membantalkan kijer separuh jalan.Pada awalnya aku bercadang utk menaiki bas sahaja pulang ke Perak,,,namun dlm perjalanan pulang dr D village aku memutuskan membawa anak2 pulang ke kampung dgn menaiki kereta..kelam kabut Anis mengemas barang2 ..jam 5.30 aku pun memulakan perjalana...setiba kami diSeremban hujan turun dgn lebat sekali jalan licin..tetapi memandangkan aku hendak memberi penghormatan terakahir kpd jenazah aku pun memandu dgn agak laju 120km/j dalam hujan ...setiba di area Senawang tiba2 kereta jem...di penurun bukit..TIba2 break kereta tidak berfungsi...aku hampir panik dan menjangka akan berlaku kecelakaan..Tetapi aku dgn cepat bertindak membuat aksi driff dgn melelong-lelongkan kereta kekiri kekanan...supaya lambat utk spai ke kumpulan kereta yg sedang jem...bila kereta dapat ku perlahankan lantas aku menarik handbreak dan mengarahkan kereta ke arah divider sebelah kanan highway..wahhh kereta berhenti kurang satu kaki dr kereta yg sedang jem.dan lebih kurang ssejengkal dr divider.Tanpa melenggahkan masa aku terus memandu juga kerana sekiranya aku berhenti pasti ada kereta yg laju akan melanggar aku dlm hujan ini....dgn tgn mengigil aku minta anak ku Anis minuman...terketar2 tgn ku memegang stering namun smgt ingin pulang ke kg dgn cepat membuak2...aku sampai di kg dgn selamat pd pukul 8.55..congakan aku dlm 3 jam setengah aku memandu dr melaka keKampar Perak.Alhamdullillah aku spai 5 minit awal dr kereta jenazah yg membawa arwah mak saudaraku dr rumah anaknya Paka Terengganu...malam itu juga jenazah dikebumikan,,alhamdullilah semuanya berjalan lancar..pengalaman aku mengucup mayat merupakan suatu yg menakjubkan...Keesokan hari pd sebelah petang aku dan adik beradikku ingin pulang bersama2...Olehkerana keletihan dan kurang semangat utk memandu aku meminta adikku memandu utk ku sehingga ke Kl dan aku akan memandu ke Melaka...Setiba di Sungkai highway tiba2 agak slow....tiba2 kereta dihadapanku berhenti kerana sebuah kereta memotong dgn cr bahaya yg membuatkan dia terberhenti,,,Adik aku memberek kereta tapi malangnya jarak agak dekat dan kereta kami melanggar ponggong kereta Vios tersebut...TIdak spai setengah minit kereta kami dihentam 2 kali dr belakang..Merz dan Kia..uhhhh segala-galanya berlaku didepan mata dlm sekelip mata...Sudah ditakdirkan aku kemalangan ..macamana dielakan tetap berlaku jua,,,,,,,Sejak hari itu hingga hari ini aku tidak berani memandu laju,,,paling tinggi adalah 90km sejam....itulah iktibar untukku...Alhamdulillah aku dan anak2 aku selamat tanpa kecederaan..cuma perasaan terkejut yg melanda...Kepadamu Ya Allah..kepadaMu aku berserah hidup dan matiku hanyalah untukmu...hindarkan aku dan keluargaku dari kemalangan dimasa-masa akan datang...aminnnnnnnnnnnnnnn

Selasa, 11 Mei 2010

Aku dan Duniaku

Inilah duniaku.....laptop handphone makanan dan buku...semua ni sudah cukup untuk membahagiakan aku...itu bermakna bahgia itu ada dimana-mana......

Khamis, 6 Mei 2010

i love my orchid






Dulu aku adalah pengila orkid...merata ceruk rantau aku pergi sekiranya ada pameran orkid....ayah anak2 aku masa tu suka melayan hobi yg gile kan orkid...ini adalah koleksi orkid aku yg menjadi kenangan..dari lebih seratus pasu yg aku ada kini hanya tinggal dlm 20 pasu....sekiranya aku ada masa lebih dan duit lebih aku ingin memulakan semula kegilaan orkid ini...biar rumah ku berseri-seri dihiasi kuntuman orkid,,,tapi sekarang orkid aku macam merajuk....mereka tak mau berbunga lagi kerana aku tidak selalu membelai2 mereka..apa nak kata aku lebih suka membelai keyboard laptop ku lagi....pada orkidku sayang..bebrungalah...ceriaknlah hati ku ini......

Jumaat, 23 April 2010

kasih sayang anak dan ibu

me and aida


Me and anis


.Suka tak tengok gambar bawah ni...gambar ni di ambil oleh profesional photographer iskandar abdul rashid....Maisarah adalah anak perempuannya...saya suka gambar ni...suka sgttttttttt...

Photographer: Iskandar


..saya suka mengambil aksi2 yang begini kerana terasa kasih sayang antara org yg diambil gambarnya itu...ada beberapa lagi koleksi gambar saya yg segeini.....

Sabtu, 17 April 2010

Perjuangan dan pengorbanan

Terpetik aku dgn ceramah Datuk Mizan dalam seminar hari ini...menurutnya menjadi pensyarah uitm adalah lebih besar ertinya dari menjadi pensyarah di universiti2 lain....keranan disini kita mendidik anak bangsa demi survival bangsa agama...wah terpaku aku dgn ceramahnya...UITM benteng terakahir pendidikan Melayu dan bumiputra...sememngnya kelainan menjadi pensyarah disini dapatku rasakan...

Wahai anak bangsaku
Ku korbankan masa dan masa depanku
mendidik memimpin kamu
Disini
Segalanya bermula
Aku kau adalah pencetusnya
maruah darjat menjadi pertaruhan
1999 diistihar ITm menjadi UITM
Oleh pejuang politik
lahirmu Uitm
Atas pejuangan pemimpin lampau
Yang mahu bangsanya berdiri sama tinggi
berlari sama kencang
Di saat dan ketika ini
Aku bertekad
Ya Tuhanku
Berikan aku kekuatan dan hidayah
Setiap saat dan waktu
untukku berjuang
Demi hak bangsaku dan agamaku
restuilah aku
...................

Isnin, 12 April 2010

Tangan

jika tangan memberi sorokkan tangan kanan
jangan pula lontar batu sembunyi tangan
sesungguhnya tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah
Masihkah lagi kita sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Bukankah kalau sayangkan isteri pegang2lah tanagn

Tangan oh tangan
jika tiada tangan
bagaimankah caranya untuk blogging, fb or chatting
Sayangilah tangan anda....

Selamat berblogging dan renung-renungkanlah

Ahad, 11 April 2010

mysecretlife: Munajat

mysecretlife: Munajat

Munajat

Manusia bernama insan
Punya hati punya rasa
punya prinsip juga etika

Dunia terkadang rakus
memalu, memenggal, merejam
Hati berdarah kesakitan
Rasa merintih keperitan

manusia tercabar keinsanan
Demi sebuah keharmonian
hakikat dicipta membenam perasaan
prinsip tergadai menebus kedamaian
Pengorbanan mengabadi keinsafan
Dunia penuh teka teki
Keikhlasan kejujuran
semakin sukar dimengerti.....

Khamis, 1 April 2010

TIOMAN MEI 2010

Hari ini terbaca di Lotus note tentang krusus menulis cerpen dan novel di Tioman anjuran uitm Johor,,,Terpegun sku kerana belum pernah ke sana.Syaratnya kena menghantar cerpen sebanyak 10 helai ntuk mereka nilai....cerpen sepatutnya aku tiada masalah tp apakah jalan cerita yg hendak di tonjolkan......any idea guys lllll

Selasa, 30 Mac 2010

30 mac

hari ini ulang tahun tarikh penting dalam hidupku.Segala-galanya seperti baru semalam berlaku,puas sudah aku cuba membuang segala kenangan ini.....baru aku tahu aku bukan sekuat mana yang aku harapkan...adakah aku ditakdirkan untuk terus menghimpun titisan demi titisan airmata......pernah aku bertanya pekat malam ...kenapa aku yang terpilih untuk mengharungi semua ini.....