Sabtu, 23 Januari 2010

Kaulah Bahgia kaulah Derita..(1)


Kalu baca tajuk macam aku nak tulis kisah cinta.tapi apa yang nak ditulis ialah cinta pada anak-anak yang 5 orang ni....makin lama makin mencabar sebagai SM ni...maklumlah anak-anak dengan Mama memang tak menakut.....aku paling bengang bila apa yang aku suruh depa buat tak layan..tapi bila volume dan piching aku dah berubah baru nak buat..Pertama sekali aku bengang dengan my no 1 and no 2...liatnya nak suh sembahyang 5 waktu....suka meleka2...dulu aku kecik2 tak der saper suh sembahyang,,,,,,mak dan ayah masa tu tak beratkan pun hal2 ni....tapi bila aku pergi beraya umah cikgu aku..kawan-kawan lain tumpang sembahyang...masa tu aku darjah 4 rasanya...mak oiiii malunya aku sebab aku tak tau sembahyang....macam nak menagis masa tu.....dari hari itu aku belajr sembahyang....walaupun masa tu mak dan ayah tidak bising2 dan ajar pun aku sembahyang..maklumlah zaman dulu hal2 agama ni tak berapa diberatkan sangat..tambahan pula ayah aku hidup dalam dunia Budaya Cina...sebab dia bekerja dengan Taukeh Lombong bijih ....

Aku beruntung kerana ada opah saudara yang ku panggil Opah Tupin dan anak-anaknya yang ku anggap mak saudraku wlpn mereka hanya sepupu mak aku saja.... mereka tinggal sekmapung dengan ku....keluarga nilah yang selalu ku contohi untuk bab2 agama ni....Di sekolah mengah walaupun bersekolah Convent aku berbaik dengan Ustazah Zaleha yang sanagt baik dengan ku....aku paling suka subjek Agama Islam dan merupakan Top scorer dalam kelas walaupun baju sekolah yang aku pakai skirtnyer singkat..aku pun hairan kenapa aku tak der baju kurung...dari situ aku belajar agama..pada waktu solat disekolah aku dan kawan2 akan bersembahyang di surau sekolah..Keluarga Opah Tupin bertambah rapat dengan aku setelah aku selalu menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan...teringat lagi SRP ku masa tu aku mendpat 9 agreget dengan 6 A...pada masa dulu keputusan begitu sudah cukup hebat untuk budak kampung yang serba serbi miskin yang selalu tak der duit untuk tambang naik bas ke sekolah.walaupun sekolah yang berdekatan ada tetapi aku memilih berseklah di bandar dimana ayahku pun menyokong keputusan aku..sekolah tersebut jaraknya lebihkurang 30km dari rumahku...saudara mara mengumpat keji tindakan ayah menghantar aku bersekolah dibandar...bukan aku takder peluang bersekolah asrama..tetapi semasa ujian MRSM diadakan ayah tak der duit untuk menghantar aku ke pusat ujian tersebut ..
Semasa tingkatan 3 ayah dan mak membuat keputusan pindah dari Parit 15 Chikus teluk intan ke Simpang 4 kampar perak...aku pun memohon tinggal di asrama puteri bersama budak2 Rancangan Khas...dengan itu bermula TIng 3 aku tinggal di asrama..dari sana aku byk belajar bab2 agama..maklumlah disana ramai pelajar2 dr kaum Jawa dimana mereka ni memang punya didikan agama yg baik....kak long pula pada masa ini telah mengikuti kakak angkatnya yg berkecimpung dalam Al-arqam..apalagi bila Kak Long dah berjinak2 dengan persatuan Islam ini...habis ayah dan mak ditarbiyah nyer.....aku berlainan dengan kak long...aku buat apa2pun untuk diri aku..orang lain aku pandai nak nasihat...maklumlah siapa kita nak memandai2 psal agama ni....sehingga sekarang pun aku tak pandai nak komen2 psal hal ni dgn org lain...tapi untuk anak-anak tu sudah menjadi tgjwb....syukur alhamdulillah wlpun aku tidak mendalami byk psal agama tetapi aku akur dengan suruhaNYA...

Tetapi bagaimana yer nak mendidik anak2 supaya tidak meninggalkan sembahyang...kalau masa bersekolah dan ada mak yang mengngatkan masih tidak mahu sembahyang cukup 5 waktu bagaimana jika mereka hidup sendiri nanti....apa yang aku belum buat ialah merotan..

Aku juga semakin goyah bila bersendirian mendidik anak2 yang macam2 hal dan kerenah..sekarang aku terpaksa meninggi-ninggikan suara dengan tujuan mendidik....
Betul kata Kak Long aku terlalu mengikut kemahuan anak-anak..sekarang baru aku sedar aku terlalu memberi kuasa membuat pilihan kepada mereka.....nasib baik seseorang menyedarkan aku....Aku bermasalah apabila menyediakan menu untuk waktu makan.....anak2 punya citarasa berlainan...jika aku memasak makanan yg diminta oleh kakak ..adik pulak merungut dan boikot tak mau makan......Si kembar sanggup tak mau makan jika apa yg aku masak tidak kena dgn seleranya...wahhhhh dahsyatkan anak2 ni...masa aku kecik-kecik dahulu agaknya bagaimana yer.....yang aku tahu aku tak suka ikan masin dan ikan sardin...lain semua aku makan....tapi masa aku sekolah rendah lagi aku sudah pandai masak...sebab mak ke sawah dan aku kena jaga adik2 dan membuat kerja rumah.termasuklah basuh kain dan pinggan mangkuk di tali air..dan mengangkat air minuman ke rumah...aktiviti petang disekolah jarang aku turut serta kerana menjaga adik2....maklumlah aku anak ke 2 dr 8 org adik beradik.pada masa aku berumur 14 tahun...sekarang kami ada 10 org adik beradik...walaupun susahnyer hidup tapi aku tidak menyesal punya mak dan ayah yang miskin..cumaaa aku pernah kena penampar dengan ayah kerana mempertikaikankan kredibiliti dia sebagai seorang ayah dalam islam...demam 3 hari aku dibuatnya..Tetapi anak-anak aku sekarang too demanding....ikut selera depa saja....dari makanan pakaian sampailah hal rumah dan kereta....samapikereta pun anak-anak sibuk memujuk tukar yg baru mcm kawan depa...masyaallah dapat kereta dan rumah yang sekarang ni pun aku bersyukur byk2 kepada Tuhan.....aku terfikir kalau aku tiada didunia ini mampukah mereka hidup sebagaimana apa yang aku sediakan sekarang..

Kalaulah ada kamera masa aku tinggal di kawasan sawah Parit 15 Chikus dulu pasti anak aku tak percaya..disitulah aku dibesarkan.....masih tergambar dalam ingatan sebuah rumah yang berlantaikan tanah dan berdaun tingkap guni padi...jauh dihujung sawah.....tiada berjiran...sebab ayah membina rumah di hujung sawah kerana itulah tanah swah miliknyer..untuk ke seklah aku perlu meredahbatas2 sawah...bila musim membajak batas2 ini ditimbuni lumpur2 kerana semua rumput2 dr sawah dinaikkan diatas batas.....aku akan mengangkat skirt sekolah dan memjinjing kasut meredah sawah dan tali air yg titinya sebatang kayu sejauh setengah km untuk sampai ke jalan tanah merah...dari jalan tanah merah aku akan menyarung kasut dan berjalan kaki di atas jalanraya sejauh 6km untuk ke sekolah kebangsaan chikus..bukan tak der bas tetapi tidak mampu membayar tambang bas...kalau ayahku baru dapat gaji merasalah aku naik bas...atau kalau tertembung dgn cikgu2 yang pakai kereta mereka akan menumpangkan aku dan adik2...semasa kak long masih bersekolah rendah dapatlah aku dan midah membonceng Kak long duduk dibelakang basikal tua mcm basikal sudirman milik ayah....sambil mengayuh basikal kak long akan marah2 sebab berat dan kami tidak mahu duduk diam..kadang2 kak Long akan menampar kami dibelakang sambil sebelah tangannyer memegang handle basikal...Kak Long memang terrer bawa basikal...tidak macam aku basikal besar ayah aku tidak tahu menungangnyer.....suruh ayah beli basikal kecik sampai habis sekolah rendah tak dapat dibelinya....aku terfikir kalau anak-anak aku yg perlu melalui semua ini sudah pasti mereka tak mau pergi sekolah..bagaimana mereka boleh bayangkan perut kosong dan berjalan kaki ke kesekolah...

Aku bersyukur kehadrat ilahi dengan apa yg kau kurniakan padaku,,,,,sekarang ini.....aku dan adik beradik yg lain mampu menukar taraf hidup ini dengan sokongan mak dan ayah yg aku sayangi...cuma ayah dijemput ilahi dahulu dan tidak dapat melihat kejayaan anak2nya.....al fatihah untuk bapaku Mohd Noor Bin Apol,,,,,bagiku dialah pejuang

Selasa, 19 Januari 2010

Aku insan biasa


Aku insan biasa

punya rasa punya cita

pernah dulu ku berikan

jiwa dan raga ku

pada yang bernama insan

Kupahat setiap harapan

bertahta menjadi impian

hari berlalu

kau insan dimata

namun nesan dihati

Kau mamah jiwa raga ku
menjadi beku

kau penggal impianku

terbenam dilubuk nestapa

Ingin aku betanya

pada bahgia pada kasih pada rindu

masihkah ada esok untukku
Di ufuk barat

Aku menadah kelangit

Dan bersimpoh dibumi

memohon Qadha dan Qadharku

Agar renjiskan aku

tempias kasihMu

Berikan aku

Kesempatan

sebelum ajal men jemputku

Tuhanku

Hanyakau Yang Satu












Khamis, 7 Januari 2010

Nov 2008




Dec 2009

huwaaaaaaaaaaaa...apa dah jadi dengan my sweet face...diet memang kena diet.....)


Wahhh...hari ni bermula dengan indah sekali..mungkin semalam suatu yg terbenam dibenak hatiku terlerai....salahfaham dengan seseorang yang amat rapat dengan kita akan menjadikanm hari kita kelabu dan berdebu...hari ini tidak seperti semalam semalam aku memulakan hari kerja dengan titisan air mata...pagi aku mulakan hariku dengan senyuman menguntum dibibir...masuk kelas BACC 2..aku mengajar Prinsiples of marketing...surprised me...budak2 ni rupanya my x studen las sem...wah...bagusnyer depa...dar sem 3 diploma lompat terus sem 2 degree accounting,,disebabkan CGPA result 3 sem berturut2 more than 3.0....Rasa mcm nak peluk jer depa ni...depa pun sama...terkejut...aku suka mereka kerana half of their class get A for Principle of Managment sem lepas...dan aku amat berharap all of this class will score A for marketing....
Induction set pagi automatik datang...aku suh depa promote/ introduce theri frens to me....is like promoting a product..apa lagi gamat lar kelas...heheheheh
May this class motivate me and make me happy for the whole semester....i love my students....

Rabu, 6 Januari 2010

Ketika Cinta bertasbih


Pagi-pagi selepas menjalankan tugas sebagai supir di pagi hari..aku dihadiahkan dengan lagu Bila Cinta Bertasbih di radio FM....touching sungguh lagu Indon ni..gemersik dan menyentuh kalbu....lagu ni dalam hp aku tak der lagi....try download pagi2 ni semua block maklumlah..guna website uitm....lirik dan lagu sememnagnya sedondon.....sehingga menitis airmata aku ..nasiblah ada seorang kawan yang juga 7.40 dah spai kat parking keta tu..aku pun menyapu2 mata...malu lah juga...dibuatnya....apa taknya diusia begini kenapa lagu2 dihayati begitu extremm gitu..actually lagu ni pernah di highlightkan oleh seorang kawan...dan selepas tu aku jatuh cinta dengan lagu ini....

Ketika Cinta bertasbih (Melly Goeslow)

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

[**]
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Back to [*][**]

Cinta...

Back to [**]

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih


Lagu yang menyentuh jiwaku di pagi ini.......




Tapi bila bercakap pasal indonesia aku ada seorang kawan yang sememngnya teristimewa buatku..dia ni anti betul dengan orang indonesia,,dalam diam2 aku juga punya perasaan yang sama..dalam kelas semalam aku meng highlightkan kebencian ini dalam le
cture kelas OB ku..diversity of workforce..and how managment should coop....yer contoh aku orang Bangla, Indon, Nepal and Philipine...standard Indon datang ke Malaysia...perempuan ...jadi bibik lelaki kuli kontrak...tetapi sudah pandai minta hak macam2....meluat aku dengan kerenah Maid ni....pengalaman yang menjijikkan...

APa-apa pun pasal Indoesia..lagu kegemaran aku banyak dari sana..Ungu, Rossa, hetty kos endang, brorey,...apa lagi trend sekarang ni orang melayu ber shopping sakan ke Indonesia...aliran wang malaysia sudah pulang ke Indon....dari shoppingnya dan upah pekerjanya.....

sudah jam 9....aku kena prepare power point for tomorrow lecture....Principles of Marketing......hari ni i aku tak der kelas..semester ni Khamis adalah public holiday...yabedabeduuuuuuuuu


Selasa, 5 Januari 2010

Salam tahun baru

Wah tanpa kusedari tahun baru pun tiba......dan telah kulalui penuh semangat..yerlah apa tidaknya...5 orang anak telah bersekolah..yang bongsu di Tahun 1, sikembar tahun 4, Faqar Ting 1 dan Anis Ting 4...Dalam mengira-ngira belanja yang diperlukan rupanya menyekolahkan anak zaman sekarang semuanya memerlukan duit..Anak-anak tidak akan gembira kalau peralatan sekolah tidak yang baru..alhamdulillah anak-anak aku berpakaian baru semuanya kecuali kak long dan faqar memakai kasut lama kerana kasut mereka dibeli sebulan sebelum cuti sekolah lepas....Yang bagusnya anakku lebih memahami aku tahun ini...kelima2 memakai beg lama..kerana bila buka stor ada lebih 10 beg lama yang masih elok...setelah dibasuh dan di clorox semua nampak baru....bagus juga membeli beg yg berkualiti.alah membeli menang memakai....walaupun harga lebih RM50 satu ....Kembar memamng nampak semanagtnya berkobar-kobar tahun ini..tidak hairan dengan rancangan Astro...Faqar juga sama...Anis pulak tukar sekolah..PMR nya tidak berapa bagus..1A 4B 3 C....tidak mahu kelas sains atau akaun...hari ni aku dah masukkan ke sekolah baru ....walaupun kelayakan boleh ke kelas sains atau akaun aku memutuskan dia mengambil kelas Ekonomi Asas....kombinasi subjek teras dengan perdagangan, ekonomi asas, seni visual dan ERT...kalau dia cemerlang spm maybe boleh ker ambil arkitek, kalau kurang aku nak masukkan dia bidang fotografi atau business study...


Tuhan Izinkan aku
bercerita padaMU
tentang hati,
tentang rasa,
Kaujadikan aku sempurna
seadanya....
selaut rasa, selangit impian
kau hadiahkan aku
sebentuk hati...
walau sukar dimengerti...
ke ufuk timur aku berdiri
bertasbih aku pada kasih sayangmu
agar dapatku hirup udaramu
penuh syahdu..
tuhanku hadiahkan aku
Mahligai impianku.
Agar dapat aku pulang
untukku ku kenal
Bahgia indra lokamu..

Isnin, 28 Disember 2009

Adik Dungun Tetamu Hari Mingguku





















Adik atau fareedah Bibi adalah kawanku semasa diuitm dungun...orang ganu tapi gaya orang kota metropolitan...dok NAPAK Ganu kamu Dik...mane gi doh...heee anyway we were very hapy spen a day with you and your sporting hubby...My kids love bth of you....hahahha esp your car....merz bebbbb...caya lu

Berhenti berharap

Tuhanku
Padamu keserahkan segala
Hidup dan matiku keranamu
Maafkan aku..
kerana...
aku mula berhenti berharap
bukan aku engkar kekuasaanmu
Duniamu penuh misteri.....
memamah aku..

Akuu cuba bersuluh
padamu mentari
namun terik cahayamu
membakarku...
lalu menyejatkan
rasa dihati...
Hanya pintaku ilahi..
Pejamkan mataku...
Tika malam menibarkan tirainya
Kerana aku malu pada bulan
Yang sering tersenyum sinis
tak kala ia mengintai
Dijendela kamarku

Tuhanku
Haruskah aku
Terus berlari dikaki langit
mengejar pelangi......
Atau berenang ke laut
mengutip puin-puin ombak
dipenghujung perjalanan ini....

Ahad, 27 Disember 2009

2nd Vacation Mahkota Hotel






















































Desa Lagoon Dihatiku

Balik saja dirumah anak2 semua terus tidur keletihan..
Aima dan Aida keletihan berenang...

Nur Aida atau Nur Cinta dah pandai berenang dilaut..dulu takut air laut..

Paan boy/ Muhammad CInta....hari ni tak mau pakai seluar mandi...hairan juga..tapi last baru2 ni barulah tahu rupanya uncle dia detect seluar mandi dia koyak.....sian anak mama..mama tak sempat jahit....tak per mama dah belikan yang baru masa kar Mahkota Hotel......




Bergaya dengan swimming jacket...









I love swimming and my kids too....