Jumaat, 21 Mei 2010

bicara hati

pilu membius rindu
hati semakin membatu
rasa seakan membeku

Seluruh alam
bagaikan sinis tersenyum
menyaksi cerita kau dan aku

ku bekukan rasa ku batukan hati
kerana aku hanya ada kamu
walau aku jauh terpinggir
dan terbenam di laut rasa

terkadang ingin aku
menoktahkan kenangan
namun hati tetap
mendendangkan rindu

andai aku lemas
dan karam
menobatkan cinta
aku pasrah
kerana
Siang menjanjikan malam
Namun Malam tidak menjanjikan bintang
Terimakasih tuhanku
kerana sempat aku menapak
di birai kasihmu

Jumaat, 14 Mei 2010

Life is unpredictable



Avanza kesayanganku ditarik oleh kren ke Balai Polis.

Hari sabtu yg lepas aku mendapat panggilan talipon menyatakan mak saudaraku di kg meninggal dunia...Aku pada masa tu sdg berfasilitator terpaksa membantalkan kijer separuh jalan.Pada awalnya aku bercadang utk menaiki bas sahaja pulang ke Perak,,,namun dlm perjalanan pulang dr D village aku memutuskan membawa anak2 pulang ke kampung dgn menaiki kereta..kelam kabut Anis mengemas barang2 ..jam 5.30 aku pun memulakan perjalana...setiba kami diSeremban hujan turun dgn lebat sekali jalan licin..tetapi memandangkan aku hendak memberi penghormatan terakahir kpd jenazah aku pun memandu dgn agak laju 120km/j dalam hujan ...setiba di area Senawang tiba2 kereta jem...di penurun bukit..TIba2 break kereta tidak berfungsi...aku hampir panik dan menjangka akan berlaku kecelakaan..Tetapi aku dgn cepat bertindak membuat aksi driff dgn melelong-lelongkan kereta kekiri kekanan...supaya lambat utk spai ke kumpulan kereta yg sedang jem...bila kereta dapat ku perlahankan lantas aku menarik handbreak dan mengarahkan kereta ke arah divider sebelah kanan highway..wahhh kereta berhenti kurang satu kaki dr kereta yg sedang jem.dan lebih kurang ssejengkal dr divider.Tanpa melenggahkan masa aku terus memandu juga kerana sekiranya aku berhenti pasti ada kereta yg laju akan melanggar aku dlm hujan ini....dgn tgn mengigil aku minta anak ku Anis minuman...terketar2 tgn ku memegang stering namun smgt ingin pulang ke kg dgn cepat membuak2...aku sampai di kg dgn selamat pd pukul 8.55..congakan aku dlm 3 jam setengah aku memandu dr melaka keKampar Perak.Alhamdullillah aku spai 5 minit awal dr kereta jenazah yg membawa arwah mak saudaraku dr rumah anaknya Paka Terengganu...malam itu juga jenazah dikebumikan,,alhamdullilah semuanya berjalan lancar..pengalaman aku mengucup mayat merupakan suatu yg menakjubkan...Keesokan hari pd sebelah petang aku dan adik beradikku ingin pulang bersama2...Olehkerana keletihan dan kurang semangat utk memandu aku meminta adikku memandu utk ku sehingga ke Kl dan aku akan memandu ke Melaka...Setiba di Sungkai highway tiba2 agak slow....tiba2 kereta dihadapanku berhenti kerana sebuah kereta memotong dgn cr bahaya yg membuatkan dia terberhenti,,,Adik aku memberek kereta tapi malangnya jarak agak dekat dan kereta kami melanggar ponggong kereta Vios tersebut...TIdak spai setengah minit kereta kami dihentam 2 kali dr belakang..Merz dan Kia..uhhhh segala-galanya berlaku didepan mata dlm sekelip mata...Sudah ditakdirkan aku kemalangan ..macamana dielakan tetap berlaku jua,,,,,,,Sejak hari itu hingga hari ini aku tidak berani memandu laju,,,paling tinggi adalah 90km sejam....itulah iktibar untukku...Alhamdulillah aku dan anak2 aku selamat tanpa kecederaan..cuma perasaan terkejut yg melanda...Kepadamu Ya Allah..kepadaMu aku berserah hidup dan matiku hanyalah untukmu...hindarkan aku dan keluargaku dari kemalangan dimasa-masa akan datang...aminnnnnnnnnnnnnnn

Selasa, 11 Mei 2010

Aku dan Duniaku

Inilah duniaku.....laptop handphone makanan dan buku...semua ni sudah cukup untuk membahagiakan aku...itu bermakna bahgia itu ada dimana-mana......

Khamis, 6 Mei 2010

i love my orchid






Dulu aku adalah pengila orkid...merata ceruk rantau aku pergi sekiranya ada pameran orkid....ayah anak2 aku masa tu suka melayan hobi yg gile kan orkid...ini adalah koleksi orkid aku yg menjadi kenangan..dari lebih seratus pasu yg aku ada kini hanya tinggal dlm 20 pasu....sekiranya aku ada masa lebih dan duit lebih aku ingin memulakan semula kegilaan orkid ini...biar rumah ku berseri-seri dihiasi kuntuman orkid,,,tapi sekarang orkid aku macam merajuk....mereka tak mau berbunga lagi kerana aku tidak selalu membelai2 mereka..apa nak kata aku lebih suka membelai keyboard laptop ku lagi....pada orkidku sayang..bebrungalah...ceriaknlah hati ku ini......

Jumaat, 23 April 2010

kasih sayang anak dan ibu

me and aida


Me and anis


.Suka tak tengok gambar bawah ni...gambar ni di ambil oleh profesional photographer iskandar abdul rashid....Maisarah adalah anak perempuannya...saya suka gambar ni...suka sgttttttttt...

Photographer: Iskandar


..saya suka mengambil aksi2 yang begini kerana terasa kasih sayang antara org yg diambil gambarnya itu...ada beberapa lagi koleksi gambar saya yg segeini.....

Sabtu, 17 April 2010

Perjuangan dan pengorbanan

Terpetik aku dgn ceramah Datuk Mizan dalam seminar hari ini...menurutnya menjadi pensyarah uitm adalah lebih besar ertinya dari menjadi pensyarah di universiti2 lain....keranan disini kita mendidik anak bangsa demi survival bangsa agama...wah terpaku aku dgn ceramahnya...UITM benteng terakahir pendidikan Melayu dan bumiputra...sememngnya kelainan menjadi pensyarah disini dapatku rasakan...

Wahai anak bangsaku
Ku korbankan masa dan masa depanku
mendidik memimpin kamu
Disini
Segalanya bermula
Aku kau adalah pencetusnya
maruah darjat menjadi pertaruhan
1999 diistihar ITm menjadi UITM
Oleh pejuang politik
lahirmu Uitm
Atas pejuangan pemimpin lampau
Yang mahu bangsanya berdiri sama tinggi
berlari sama kencang
Di saat dan ketika ini
Aku bertekad
Ya Tuhanku
Berikan aku kekuatan dan hidayah
Setiap saat dan waktu
untukku berjuang
Demi hak bangsaku dan agamaku
restuilah aku
...................

Isnin, 12 April 2010

Tangan

jika tangan memberi sorokkan tangan kanan
jangan pula lontar batu sembunyi tangan
sesungguhnya tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah
Masihkah lagi kita sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Bukankah kalau sayangkan isteri pegang2lah tanagn

Tangan oh tangan
jika tiada tangan
bagaimankah caranya untuk blogging, fb or chatting
Sayangilah tangan anda....

Selamat berblogging dan renung-renungkanlah

Ahad, 11 April 2010

mysecretlife: Munajat

mysecretlife: Munajat

Munajat

Manusia bernama insan
Punya hati punya rasa
punya prinsip juga etika

Dunia terkadang rakus
memalu, memenggal, merejam
Hati berdarah kesakitan
Rasa merintih keperitan

manusia tercabar keinsanan
Demi sebuah keharmonian
hakikat dicipta membenam perasaan
prinsip tergadai menebus kedamaian
Pengorbanan mengabadi keinsafan
Dunia penuh teka teki
Keikhlasan kejujuran
semakin sukar dimengerti.....

Khamis, 1 April 2010

TIOMAN MEI 2010

Hari ini terbaca di Lotus note tentang krusus menulis cerpen dan novel di Tioman anjuran uitm Johor,,,Terpegun sku kerana belum pernah ke sana.Syaratnya kena menghantar cerpen sebanyak 10 helai ntuk mereka nilai....cerpen sepatutnya aku tiada masalah tp apakah jalan cerita yg hendak di tonjolkan......any idea guys lllll