Khamis, 1 Januari 2009

Penjara kehidupan




Masa begitu cepat berlalu
Hari silih berganti
datang dan pergi tanpa kusedari,
2008 telah pergi....
Sebelum sempatku ucap selamat tinggal
2009..kau muncul..
Termangu aku dibirai mu
Apakah kau jua seperti 2008,2007, 2006...
Mencengkam, mengheret dan mamalu aku bertalu-talu
Hingga aku bagaikan
Reranting terapung
dibawa arus deras ke muara...
2009...titipkan aku kasih sayangmu
walau hanya secangkir waktu
Dapat jua menawar luka
Kerana aku ingin terus berlari
Menawan setiap detik dan waktu
Sebelum ajal menjemputku

Teman....
Andai kau dengar rintihanku
Gapailah tanganku…
Bawalah aku ke syurga loka mu....

2 ulasan:

jon pour do care berkata...

Ku pujuk pujuk, ku bawa lari kot !

mizadgreat berkata...

Tak main lar lari-lari ..i want to fly...heheheheh