Inilah my laling cum my body guard ....
Inilah hotel/resort yang kami tinggal di Krabi...Krabi Beach Resort...sangat puas hati kerana bilik yang besar dan ada kitchen yang complete sekali..juga cafe nya yang berdepan dengan swimming pool dan beach yang sgt cantik
Ini pula posing Island masa kami ikut trip 4 Island Hoping.pulau yg terlibat Phupranang, Chicken Island dan 2 lagi tak ingat pulak namanya.
Caj untuk utk seorang cuma RM80 utk 4 pulau. Actually market price RM120. ( tip utk dpt harga camtu terus pergi ker kaunter island hoping iaitu di Aonang beach, bukan guna travel agency dapat murah tu sebab adik yang kat kaunter tu org Islam so dia kasi special price kat kami)...
ini pula snorkeling time at Chicken Island...syokkkkkkk abisss...banyak ikan dan air sangat jernih
Untuk pengetahuan di Krabi 90 percent penduduknya Islam dengan itu kita akan dengar azan berkumandang di masjid2 terdekat....makan disini tiada masalah pergi saja ke gerai2 yang tuan punyanya memakai tudung dan ada tulis Allah dan Muhammad dan ditulis halal..mereka sgt baik dengan pelancong2 sesama Islam....Tapi olehkerana krabi adalah World Tourist Attraction makanan disini boleh tahan mahalnya..jagung bakar setongkol RM6 sedangkan di pasar malam tempat kita paling mahal pun RM2........
Cakap pasal makanan teringat pulak rojak buah versi Siam...mak aiiii sedapnya colek garam belacan dia....yang akan membuat aku nak ke Krabi lagi sebab rojak buah dia ni lahhhhh.....
Untuk pengetahuan kami tidak menggunakan travel agency semasa bercuti di sini..Hotel saya guna perkhidmatan Agoda dan yang lainnya semua tiba di Krabi kami pakai redah saja,,,buat style macam mat saleh yang melancung...dan rasanya selepas ini pun kami akan guna cara begini kerana ianya free and easy....tak der jadual yang kena ikut....dan saya pasti ianya lebih murah berbanding menggunakan khidmat travel agency.....Oklah cukuplah untuk Kembara Cinta di Krabi..mata pun dah ngantuk...nanti kalau ada masa nak story pulak pasal bercuti di Hadnyai Songkla dan Bandung...
1 ulasan:
Askm...bagus dan cantik blognya...boleh ditambah gambar2 yang cantik2 lagi..komen ikhlas dari www.inibarangbaikpunya.blogspot.com
Catat Ulasan