Ahad, 10 Oktober 2010

lelaki oh lelaki

Tuhanku
Aku bukan menentang qadhamu
Juga bukan sangsi dengan ketentuanmu
Namun aku tertanya-tanya
kenapa
insan yang yg ikhlas dan lembut hati
bisa diketemukan dengan lelaki
yang rakus dan mencengkam hati yg mulus itu

Jika kau janjikan pahala kepada kebaikan
dan dosa kepada kejahatan
Aku mohon padaMu ya Rahman
jangan kau temukan wanita
yang hatinya bak sejernih embun pagi
dan lembuta bak sutera
dengan lelaki yang sekupu dengannya

Menitis airmataku
Pabila rakan2
bergelut menanggung derita
keranaMu lelaki yang
beraja dihati bertuhankan nafsu

Wahai temanku
Keringkan airmatamu
kerana takdir mencorak hidup
maka kita perlu mewarnakan
impian..
Bahgia ada dimana2

Jumaat, 8 Oktober 2010

RIndunya padamu Blogku

Wahai blog kusayang maafkan aku kerana telah lama kau kutinggalkan...tuanmu ini bz memanjang ibarat 5 in 1..1 nasa nak buat byk kijer......selalunya semenjak join uitm kau akan ku belai bila cuti sem....

untuk pengetahuan pada siapa yg terbaca blog ini...aku sedang enjoy dengan darling baru ku..namanya D500...byk gambar ku ambik tapi line internet di sini mcm beruk band celcome memang menghampakan......

aku juga berasa sungguh gumbira kerana dalam bulan september dan oktober aku telah mencapai im[ianku...

Punya Pacar hensom D5000 dan juga sudah ada Sexsytery baru dari PC world. dengan skrin 24 inci tu with grafik kad lagi......indah duniaku lalallallala ..

huwaaaaaaaaaa tapi poket ku kurus....

Impianku yg belum tercaapai...IPHONE 4 jadi idaman juga new bedroom set....alahai kalaulah ada boyfren yang nak hadiahkan aku sure dialah bfren ku hingga akhir hayat.....
tersendu [ulak bila kawan2 dok bercerita denganku suami masing2 dok belikan mcm2 present.,,,,k mizaaa jeng jeng ini present dr my hubby...cantikkan....Mizaaa...I m abourt ni...surprise vacation from my hubby......k miza.....mlm ni I ada dating,,bfren I nak surprise I ,,,apa lah agaknya kali ni dia nak kasi,,,,,,,waduh2 kawan-kawan sukar utk aku menerima masih ada lelaki yg menghargai isteri atau kekasihnya mcm apa yg u all dapat...kepada sesiapa yg punya suami yg baik dan caring dan pemurah dan penyayang dan pemnberi maka jagalah mereka baik2....bukan senang mencari lelaki budiman yang m,embahagiakan wanita...Ahaaaaakkkk kata-kata dari seorg yg selalu kecewa kerana lelakilah kiranya ini.......
Namun begitu aku ini tetap bahagia dgn D5000 aku kerana ianya memberikan aku keseronokan dan ke glamouran......apa idaknya bukan selalu lecturer pom[puan dok mengklik2 bila ada apa2 event kat uitm ni....so rmai lah lelaki yg cuba berbaik2 dgn I sebab sehobi.......heheh so para isteri2 tu jangan jeling2 I ni...tak der nyer I teringin nak rampas hak orang...tapi kalau dah rezeki dan dengan kebenaran apalah salahnya kan kan kan...... ngeri pulak rasanya,,,,anyway i happy to be alone and will be alone ...apa nak kata lagi......cinta bersegi nanti akan bisa menikam diri.......................i love to sleep alone ...


aduiii hampir sejam tunggu gbr tak abis upload...so nantilah gambar oiiii ,,,aku nak ke pasar borong ni,,,bye dearrrrrr

Rabu, 4 Ogos 2010

24 jam tidak cukup untukku sehari...

lama sungguh tidak ku belai blog ku ini....sibik sekali...banyal sangat aktiviti....anyaranya

1, keja hakikiku,,,ngajor OB dan MKT,,,,,sedang berlanxunggg

Jumaat, 21 Mei 2010

bicara hati

pilu membius rindu
hati semakin membatu
rasa seakan membeku

Seluruh alam
bagaikan sinis tersenyum
menyaksi cerita kau dan aku

ku bekukan rasa ku batukan hati
kerana aku hanya ada kamu
walau aku jauh terpinggir
dan terbenam di laut rasa

terkadang ingin aku
menoktahkan kenangan
namun hati tetap
mendendangkan rindu

andai aku lemas
dan karam
menobatkan cinta
aku pasrah
kerana
Siang menjanjikan malam
Namun Malam tidak menjanjikan bintang
Terimakasih tuhanku
kerana sempat aku menapak
di birai kasihmu

Jumaat, 14 Mei 2010

Life is unpredictable



Avanza kesayanganku ditarik oleh kren ke Balai Polis.

Hari sabtu yg lepas aku mendapat panggilan talipon menyatakan mak saudaraku di kg meninggal dunia...Aku pada masa tu sdg berfasilitator terpaksa membantalkan kijer separuh jalan.Pada awalnya aku bercadang utk menaiki bas sahaja pulang ke Perak,,,namun dlm perjalanan pulang dr D village aku memutuskan membawa anak2 pulang ke kampung dgn menaiki kereta..kelam kabut Anis mengemas barang2 ..jam 5.30 aku pun memulakan perjalana...setiba kami diSeremban hujan turun dgn lebat sekali jalan licin..tetapi memandangkan aku hendak memberi penghormatan terakahir kpd jenazah aku pun memandu dgn agak laju 120km/j dalam hujan ...setiba di area Senawang tiba2 kereta jem...di penurun bukit..TIba2 break kereta tidak berfungsi...aku hampir panik dan menjangka akan berlaku kecelakaan..Tetapi aku dgn cepat bertindak membuat aksi driff dgn melelong-lelongkan kereta kekiri kekanan...supaya lambat utk spai ke kumpulan kereta yg sedang jem...bila kereta dapat ku perlahankan lantas aku menarik handbreak dan mengarahkan kereta ke arah divider sebelah kanan highway..wahhh kereta berhenti kurang satu kaki dr kereta yg sedang jem.dan lebih kurang ssejengkal dr divider.Tanpa melenggahkan masa aku terus memandu juga kerana sekiranya aku berhenti pasti ada kereta yg laju akan melanggar aku dlm hujan ini....dgn tgn mengigil aku minta anak ku Anis minuman...terketar2 tgn ku memegang stering namun smgt ingin pulang ke kg dgn cepat membuak2...aku sampai di kg dgn selamat pd pukul 8.55..congakan aku dlm 3 jam setengah aku memandu dr melaka keKampar Perak.Alhamdullillah aku spai 5 minit awal dr kereta jenazah yg membawa arwah mak saudaraku dr rumah anaknya Paka Terengganu...malam itu juga jenazah dikebumikan,,alhamdullilah semuanya berjalan lancar..pengalaman aku mengucup mayat merupakan suatu yg menakjubkan...Keesokan hari pd sebelah petang aku dan adik beradikku ingin pulang bersama2...Olehkerana keletihan dan kurang semangat utk memandu aku meminta adikku memandu utk ku sehingga ke Kl dan aku akan memandu ke Melaka...Setiba di Sungkai highway tiba2 agak slow....tiba2 kereta dihadapanku berhenti kerana sebuah kereta memotong dgn cr bahaya yg membuatkan dia terberhenti,,,Adik aku memberek kereta tapi malangnya jarak agak dekat dan kereta kami melanggar ponggong kereta Vios tersebut...TIdak spai setengah minit kereta kami dihentam 2 kali dr belakang..Merz dan Kia..uhhhh segala-galanya berlaku didepan mata dlm sekelip mata...Sudah ditakdirkan aku kemalangan ..macamana dielakan tetap berlaku jua,,,,,,,Sejak hari itu hingga hari ini aku tidak berani memandu laju,,,paling tinggi adalah 90km sejam....itulah iktibar untukku...Alhamdulillah aku dan anak2 aku selamat tanpa kecederaan..cuma perasaan terkejut yg melanda...Kepadamu Ya Allah..kepadaMu aku berserah hidup dan matiku hanyalah untukmu...hindarkan aku dan keluargaku dari kemalangan dimasa-masa akan datang...aminnnnnnnnnnnnnnn

Selasa, 11 Mei 2010

Aku dan Duniaku

Inilah duniaku.....laptop handphone makanan dan buku...semua ni sudah cukup untuk membahagiakan aku...itu bermakna bahgia itu ada dimana-mana......

Khamis, 6 Mei 2010

i love my orchid






Dulu aku adalah pengila orkid...merata ceruk rantau aku pergi sekiranya ada pameran orkid....ayah anak2 aku masa tu suka melayan hobi yg gile kan orkid...ini adalah koleksi orkid aku yg menjadi kenangan..dari lebih seratus pasu yg aku ada kini hanya tinggal dlm 20 pasu....sekiranya aku ada masa lebih dan duit lebih aku ingin memulakan semula kegilaan orkid ini...biar rumah ku berseri-seri dihiasi kuntuman orkid,,,tapi sekarang orkid aku macam merajuk....mereka tak mau berbunga lagi kerana aku tidak selalu membelai2 mereka..apa nak kata aku lebih suka membelai keyboard laptop ku lagi....pada orkidku sayang..bebrungalah...ceriaknlah hati ku ini......

Jumaat, 23 April 2010

kasih sayang anak dan ibu

me and aida


Me and anis


.Suka tak tengok gambar bawah ni...gambar ni di ambil oleh profesional photographer iskandar abdul rashid....Maisarah adalah anak perempuannya...saya suka gambar ni...suka sgttttttttt...

Photographer: Iskandar


..saya suka mengambil aksi2 yang begini kerana terasa kasih sayang antara org yg diambil gambarnya itu...ada beberapa lagi koleksi gambar saya yg segeini.....

Sabtu, 17 April 2010

Perjuangan dan pengorbanan

Terpetik aku dgn ceramah Datuk Mizan dalam seminar hari ini...menurutnya menjadi pensyarah uitm adalah lebih besar ertinya dari menjadi pensyarah di universiti2 lain....keranan disini kita mendidik anak bangsa demi survival bangsa agama...wah terpaku aku dgn ceramahnya...UITM benteng terakahir pendidikan Melayu dan bumiputra...sememngnya kelainan menjadi pensyarah disini dapatku rasakan...

Wahai anak bangsaku
Ku korbankan masa dan masa depanku
mendidik memimpin kamu
Disini
Segalanya bermula
Aku kau adalah pencetusnya
maruah darjat menjadi pertaruhan
1999 diistihar ITm menjadi UITM
Oleh pejuang politik
lahirmu Uitm
Atas pejuangan pemimpin lampau
Yang mahu bangsanya berdiri sama tinggi
berlari sama kencang
Di saat dan ketika ini
Aku bertekad
Ya Tuhanku
Berikan aku kekuatan dan hidayah
Setiap saat dan waktu
untukku berjuang
Demi hak bangsaku dan agamaku
restuilah aku
...................

Isnin, 12 April 2010

Tangan

jika tangan memberi sorokkan tangan kanan
jangan pula lontar batu sembunyi tangan
sesungguhnya tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah
Masihkah lagi kita sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Bukankah kalau sayangkan isteri pegang2lah tanagn

Tangan oh tangan
jika tiada tangan
bagaimankah caranya untuk blogging, fb or chatting
Sayangilah tangan anda....

Selamat berblogging dan renung-renungkanlah

Ahad, 11 April 2010

mysecretlife: Munajat

mysecretlife: Munajat

Munajat

Manusia bernama insan
Punya hati punya rasa
punya prinsip juga etika

Dunia terkadang rakus
memalu, memenggal, merejam
Hati berdarah kesakitan
Rasa merintih keperitan

manusia tercabar keinsanan
Demi sebuah keharmonian
hakikat dicipta membenam perasaan
prinsip tergadai menebus kedamaian
Pengorbanan mengabadi keinsafan
Dunia penuh teka teki
Keikhlasan kejujuran
semakin sukar dimengerti.....

Khamis, 1 April 2010

TIOMAN MEI 2010

Hari ini terbaca di Lotus note tentang krusus menulis cerpen dan novel di Tioman anjuran uitm Johor,,,Terpegun sku kerana belum pernah ke sana.Syaratnya kena menghantar cerpen sebanyak 10 helai ntuk mereka nilai....cerpen sepatutnya aku tiada masalah tp apakah jalan cerita yg hendak di tonjolkan......any idea guys lllll

Selasa, 30 Mac 2010

30 mac

hari ini ulang tahun tarikh penting dalam hidupku.Segala-galanya seperti baru semalam berlaku,puas sudah aku cuba membuang segala kenangan ini.....baru aku tahu aku bukan sekuat mana yang aku harapkan...adakah aku ditakdirkan untuk terus menghimpun titisan demi titisan airmata......pernah aku bertanya pekat malam ...kenapa aku yang terpilih untuk mengharungi semua ini.....

Rabu, 3 Mac 2010

Metafora Cinta

jika cinta itu
Ku ibaratkan api
Datangnya air ia terpadam
Jika cinta itu mentari
Jika Malam duniaku
kelam...
Jika cinta itu Air....
Ia pasti tersejat
Jika cinta itu mengasyikkan
Aku tidak perlukannya
Jika cinta itu membunuh
Ia adalah dosa...
Jika cinta itu pengorbanan
Maka ramai yang menjadi korban cinta
Pastinya
Mana bisa aku me metafora kan cinta
........................

Selasa, 2 Mac 2010

Krusus Asas Fotografi

Photographer:Iskandar Ab Rashid






Penngajar : Iskandar Ab Rashid yang telah mendapat pengiktirafan dari New York
Profesional Institute of Photography..website
http://www.gelanggangfoto.com

Bengkel Bulan Mac:
Tempat: Bandar Hilir Melaka
Masa: 9:00 pagi hingga 4.30ptg
Tarikh:13 Mac, 2010
Bayaran:
RM150 sahaja
Untuk keterangan lanjut dan membuat tempahan, sila hubungi
Nor hamiza Mohd Noor
(012-6723278)



Apa Saya Akan Dapat ?

Peserta didedahkan dengan
• ciri yang ditawarkan dalam kamera digital,
• cara memegang kamera,
• cara memilih setting yang betul,
• cara mengambil gambar yang betul,
• cara mendapatkan dedahan yang tepat,
• cara menggubah gambar, dan
• etika dalam fotografi.

Gambar kabur, di luar fokus, terlalu cerah atau terlalu gelap? Tiada salahnya kamera yang anda gunakan. Anda cuma perlu tahu teknik yang betul ketika mengambil gambar.
Gubahan gambar kurang menarik? Gambar bercelaru?
Masalah mendapatkan tumpuan orang ramai ketika mengambil gambar ketika keramaian? Orang tidak melemparkan senyuman?
Semua permasalahan ini akan anda terjawab dalam krusus ini…..
Juga pelajari petua ringkas untuk mengambil gambar orangramai ketika keramaian atau event penting dalam slot Etika Dalam Fotografi.
Bawa bersama kamera digital (compact atau dSLR), tripod/kaki tiga (jika ada).

Modul asas fotografi,
Kad Kelabu dan makan tengahari akan disediakan.

Dunia Fotografi………
Anda Pasti Teruja

Khamis, 25 Februari 2010

Sungai Tua Ulu Yam
























































Indahnya sehari bersama keluarga disini

Isnin, 22 Februari 2010

Ahad, 21 Februari 2010

Gathering EMBA Batch 2005-2007


Midah:Lambatnyer abg man ngan yati ni..aku ni dah posa dua hari dua mlm nunggu event ni


Kembar: Kawan-kawan mama ni kuatnyer makan...boleh abis ke depa ni...


Miza: Waduh tercabar diet ku malam ini..tak per esok masih ada untuk berdiet



kembar Aida:Wah jelly kelapa ni yang kita suka.makanan yang lain tak heran





Kenyang perut senang hati..pasal bayar no prob ..bendahari ada....





Mak oiiii...tungang langgang pingan mangkuk macam garuda makan




Gambar sebelum mula makan......tapi tengoklah dia atas ....tadi..







Bakal-bakal Jutawan senyap....miza kalau jadi jutawan pun bukan senyap2 orang kampung mesti tau nyerrrrrr..hahahah









Suasana menanti cukp corum...perut berkeroncong macam nak rakkk



















Salam...kawan2 masa ni miza tak berapa fokus dgn foto..maklumlah mata asyik aimed

makanan atas meja..nak gerak2 jauh dr meja macam buang masa jer...lagipun malu kat fairus nampak camera aku yg rupa mcm canggih tapi tak canggih tu..lagipun aku expected Fairuz akan buat kerja foto2 ni..maklumlah aku ni tahap amatur pun belum.nyosal tak tangkap gambar banyak2.....anyway...saper2 yang tak datang tu memang rugi...tengoklah kita orang membantai sakan...errrrrrrrggggggggg......abg man sendawaaaaaaaaa...