Isnin, 28 Disember 2009

Berhenti berharap

Tuhanku
Padamu keserahkan segala
Hidup dan matiku keranamu
Maafkan aku..
kerana...
aku mula berhenti berharap
bukan aku engkar kekuasaanmu
Duniamu penuh misteri.....
memamah aku..

Akuu cuba bersuluh
padamu mentari
namun terik cahayamu
membakarku...
lalu menyejatkan
rasa dihati...
Hanya pintaku ilahi..
Pejamkan mataku...
Tika malam menibarkan tirainya
Kerana aku malu pada bulan
Yang sering tersenyum sinis
tak kala ia mengintai
Dijendela kamarku

Tuhanku
Haruskah aku
Terus berlari dikaki langit
mengejar pelangi......
Atau berenang ke laut
mengutip puin-puin ombak
dipenghujung perjalanan ini....

Tiada ulasan: