Selasa, 24 November 2009

My sweet twin


Hari ini bertambah banyak sms dari anak kembarku diterima..untuk pengetahuan anak kembar ku sudah 2 minggu bersama dengan Opahnya...minggu pertama di KL dan minggu yang ke 2 di Perak....Menurut kata emak...mereka menangis sebab takut tinggal di rumah kampung..mereka boikot tak mau makan...bila aku talipon sikembar kakak kata semua makanan tak sedap.aku tersenyum kerana mengenangkan si kembar ni cukup kuat mengkomen.....semua orang dia komen termasuk adik aku Midah yg belum kahwin, rumah mak mentua adik aku dikatanya kotor...Opahnya masak tak sedap dan macam2...AKu tahu semua komen ni sebab mereka rindukan aku...rindukan rumah ....asyik-asyik sms..minta aku balik subuh-subuh....minta aku jgn singgah mana2 kedai dalam perjalanan balik...supaya cepat sampai rumah....

Bila mengenagkan gelagat mereka aku ketawa sorang-sorang....Seronok sebenarnya mempunyai anak kembar..dimana2 mereka mendapat perhatian....Kembar aku ni sangat positif kepada aku....bagi mereka masakan aku yang paling sedap, Mama mereka yang paling best, mama mereka yang cantik berbanding dengan kakak dan adik perempuan ku yang lain..kadang-kadang adik dan kakak suka menyakat mereka..dengan mengutuk-ngutuk aku untuk melihat riaksi mereka...sikembar pula akan mempertahankan aku dengan pelbagai cara hinggakan kadang-kadang Sikembar kakak menangis dan tidak membenarkan sesiapa pun duduk dekat mama dia...Adik lelakiku yang tinggal di Taman Bukit Jalil adlh orang yang paling dimusuhi oleh sikembar AIma...adik lelaki ini nama panggilanya Mamin suka sangat baring diatas ribaku dan memelukku..SiAima akan menjerit-jerit dan akan cuba menghalang ....mungkin perasaan jeles atau perasaan apa pun aku tak tahu..itulah anak-anakku...buah hatiku jantung hatiku

Isnin, 23 November 2009

Hari Pertama Dietku Bermula

Lantaran aktiviti hari minggu di taman rekreasi...aku telah meletakkan azam untuk terus menurunkan berat badan....Okay setelah menyuarakan hasrat dihati ramai kawan-kawan yang memberi sokongan....So pada pagi ini menu sarapanku adalah tomyam sayur-sayuran bersama anak ikan bawal putih.....setakat ni pukul 11pg belum lagi perut ni minta diisi....sudah beberapa minggu aku escape makan malam.....kalau ada pun sekali sekala bila ada orang ajak makan free...AKu akan merancang menu masakan yang healthy life style....nampaknya sayur dan buah-buahan akan menjadi menu utama..sudah pasti anak-anak akan bersungut dengan menu yang bakr and rebus and kukus....bagi aku itu tak der masalah kerana aku memang suka makan ikan bakar....kalau penat nak nyalakan arang...guna mikrowave ajer.....
Nampaknya aku kena beli alat penimbang berat dan juga alat-alat exercise...wah2 itu nampaknya budget tinggi...so cancel untuk sementara waktu....maklumlah sekolah akan bermula tak lama lagi...budget sekolah buka akan mencecah rm2k....untuk permulaan aku kena jaga pemakanan dan jogging...dan swimming...

Jogging..

untuk jogging tiada masalah...seorang kawan berbangsa India akan join aktiviti jogging pagi sabtu dan ahad bersama-sama anak-anakku...Aku harap jangan lepas jogging dia bawa kami breakfast roti canai dan nasi lemak sudahlah....Anak-anak tentu suka aktiviti jogging ni....Aku telah merancang aktiviti jogging di hutan lipur Ayer keroh dan juga Hutan Lipur Sungai Udang....Aku namakan aktiviti jogging ni Jogging 1 Malaysia....sebab ada seorang mamat India yang nak join..dan aku kena cari seorang yang berbangsa Cina....Tetapi itu semu atak penting ...yang penting aku dan anak-anak akan dapat menghabiskan masa bersama...siapalah yang aku ada selain mereka...walaupun mereka tidak sebijak anak orang lain tetapi merekalah yang akan bersama aku sehingga hari tuaku tiba....

Swimming

Swimming adalah exercise yang aku paling suka..cuma menjadi masalah lepas berendam perut berkeroncong....8 km dari rumahku ada kem tentera yang menyediakan perkhidmatan belajar berenang..kolam renang di Kem Terendak ini bertaraf dunia kerana acara sukan bertaraf dunia pernah diadakan disini...tak silap aku Sukan SEA...bayaran untuk berenang tidak mahal..so kalau aku dan 5 orang anak aku munkin dalam rm20 sahaja...pilihan yang ke 2 ..swimming pool kat ayer bandar Hilir ...Swimmingpool Majlis Bandaraya Melaka..tetapi ramai sanagt orang....gelilah pulak rasanya....Hermmmm kalau nak elakkan budget swimming kat Kuala Linggi...tetapi jauh lah pulah ...tentu duit minyak melebihi rm20.....tetapi semasa ayah anak-anakku bersama kami ..Kuala Linggi lah tempat berkelah hari Minggu....tapi itu semua hanya tinggal kenangan....

Apa-apapun yang penting...where there is a will there is a way.....go go chaiyokkkkkkkkk....

ehemmmm.....lamanya dah buang masa ..aku nak sambung research aku yang masih tak siap2...

Suatu Hari di hari Minggu

Weekend yang lepas I buat aktiviti jogging dan main badminton dengan anak-anak...Lama tak berlari rasa macam nak patah kaki ni.....Best juga spent time dengan anak2...Anak2 pulak beria-ria nak exercise sebab nak Mama dia kurus ...Tak lain tak bukan kesan dari siri..The Biggest Loser dari Astro......I pun teruja nengok peserta siri ni hilang berat more than 50%...wah2 kalau I boleh buat camtu bestnyerrrr...bleh pakai baju fit2.....

Sebenarnya berbadan obesity ni sememangnya menyeksakan....antaranya :
1.susah nak bergaya
2.cepat letih
3. Bila nak makan fikir banyak kali
4.Penyakit bahaya suka pada orang yang obesity
5. Bila ambik gambar ..sure tengok hati jadi sedih..huwaaaa buruknya aku..
6. Infiority complex
7..macam-macam lagi

Olehkerana masalah kesihatan I sasarkan untuk mengurangkan berat badan sebanyak 10kg dalam tahun 2010...Itulah azam 2010....kepada yang membaca blog ni berilah sokongan pada I untuk kelihatan sihat dan cantik......terutamanya jika ada petua-petua yang tidak memerlukan kos.....

Khamis, 19 November 2009

Anank-anak Permata bonda







Pagi yang indah, udara yang nyaman..tapi kenapa jiwa dan hati ini seperti tiada berjisim....selepas megunkap memori lama terpandang sebkeping gambar sya bersama adik perempuan bernama Nor hamidah dan gambar beramai-ramai bersama anak-anak dan anak saudara...semasa saya konvokesyen Ijazah Pertama di uitm...huwaaaaa....Konvokesyen ijazah sarjana gambarnya terdelete dalam laptop...Apa yang terlintas dalam fikiran saya adakah anak-anak saya akan merasai detik-detik indah ini dalam perjalanan hidup mereka...Sememangnya bukan akademik semata-mata yang boleh memberi kejayaan dalam hidup..tetapi teringat saya pesan arwah ayah...katanya ayah tak punya harta untuk ditinggalkan, hanya ilmu pelajaranlah yang akan menjadi bekalan dimasa depan...........Tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan harapan ini kepada anak-anak....ambillah iktibar dari pesan datuk untuk berjaya...hanya Allah yang tahu bagaimana bahgianya hati ini jika anak-anak berjaya dalam pelajaran...






Kepada anak-anak Mama.....


Moga-moga suatu hari nanti anak-anak mama akan terjumpa blog ini...dan ketahuilah betapa hidup ini adalah perjuangan untuk kalian......Petikan dari radio Fm saudara Djay Faizal ...there is no late to start....belajarlah dari Mama...How i m redesign our life....perjuangan untuk mengubah nasib itu tiada titik noktahnya.......Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri berusaha mengubahnya......



Kemarahan dan leterenku adlah untuk melihat kalian disingahsana......Ya Allah berikanlah mereka hidayah, petunjuk dan kekuatan untuk menjadi insan yang berilmu, berjaya dunia dan akhirat....

Rabu, 18 November 2009

Lelaki oh Lelaki

Pagi ini saya teringat isu yang dibangkitkan oleh rakan seperjuangan saya di tempat kerja...Kami sama-sama mengawas peperiksaan akhir tahun. Selepas mengawas saya makan tengahari bersama dia....Biarlah saya memanggilnya dengan nama Ms X....Kami bersembang berkenaan isu-isu kampus dan akhirnya berkisar kepada isu keluarga..Saya tertanya suaminya berasal dari negeri mana...saya tersedak bila dia memberitahu dia telah berpisah dengan suaminya 5 tahun yang lepas..Saya pun terkejut kerana setahu saya dia mempunya anak berumur setahun setengah...Mulut saya yang celupar ni pun bertanya...abis tu yang baby tu anak siapa...barulah saya tahu dia mengambil anak angkat dari negeri.........dengan memberi saguhati kepada ibu bayi tersebut sebanyak rm8K dan membuat surat pengakuan sumpah bayi itu miliknya...Saya bertanya bagaimana dia ingin membesarkan bayi ini tanpa ada bapa.....lantas dengan pantas dia menjawab...lelaki bagi dia adalah problem...whattttt.....tersedak saya dengan statment itu....bila dia menceritakan kisahnya barulah saya tahu kenapa dia mempunyai persepsi sebegitu terhadap lelaki....

Saya terfikir akan kisahnya yang pahit berumahtangga...baginya dia bernasib baik kerana tidak melahirkan anak dari gen bekas suaminya..begitu buruk sekali tangapannya terhadap lelaki itu...Dalam fikiran saya pastinya kawan saya itu punya pengalaman yang teruk bersama lelaki bernama suami...

Kepada para lelaki....selalunya perempuan bila bersetuju menjadi isteri mereka ingin menjadi isteri anda sampai nafas yang terakhir.....tetapi jika kesengsaraan yang dihadiahkan dalam perkahwinan, wanita ini lambat laun akan berusaha keluar dari lembah yang penuh onak dan duri....walaubagaimanapun masih ramai lagi wanita yang masih dibelenggu dengan topeng perkahwinan yang kononya menjanjikan seribu kemanisan....

Bagi saya ..dulu saya mempunyai tanggapan yang negatif terhadap para suami...tetapi hasil dari pergaulan saya dengan kawan-kawan...barulah saya sedar bukan semua lelaki membawa masalah....kemungkinana kepada wanita yang teraniaya kerana lelaki bernama suami...anda adalah terpilih kerana Allah tahu anda orang yang kuat untuk menghadapi dugaan dariNYA...berikhtiar dan berdoa moga mereka berubah...dan sekiranya mereka tidak berubah..anda yang KENA BERUBAH...

Selasa, 17 November 2009

Pentingnya Interpersonal Skill dan Emtional Intelligent..

Wah lamanya blog ni kesepian...ermmm what to do.....i m so busy my dear diary...hari ni ada byk perkara saya ingin berkongsi cerita....itupun kalau saya sempat menaip lama kerana kerja pemarkahan masih belum selesai..ok saya mulakan dengan pengalaman minggu lepas yang membuatkan saya 2 hari asyik terfikirkannya..

Pentingnya Interpersonal Skill dalam Profesionalisme Perguruan...

Pada hari Jumaat yang lepas saya di hubungi oleh Pengetua sekolah anak saya berkenaaan masalah didiplin anak saya...Nur Anis....Bagi saya ianya bukan maslah disiplin tetapi sangkaan buruk para pendidik kepada golongan pelajar...Saya dihubungi dengan panggilan talipon yang berbau kemarahan oleh Pengetua ni...menurut katanya anak saya berdating dalam kelas semasa pelajar lain sudah balik..Pengawal keselamatan yang menjumpai mereka dalam kelas..Untuk mendapatkan maklumat saya bergegas ke sekolah...Dalam kepala saya memang anak perempuan saya ni nak kena penampar sulung dari saya..Setiba disekolah saya terfikir untuk menyiasat dulu perkara ini dari pengawal yang bertugas..menurut katanya ada 2 org pelajar yang tinggal dalam kelas yng berasingan semasa jam 12.30th...anak saya bersendirian sedang membaca novel dikelas 3RK3 dan kawannya di kelas 3RK2....bersama pelajr lelaki senior..Saya pun berasa lega kerana menurut cerita pengetua anak saya berdating didalam kelas...Saya pun ke Pejabat ingin berjumpa pengetua tersebut.Wah bukan main eksyennya pengetua tersebut melayan saya sebagai pelanggan...Saya fikir kalau anak saya yang buat salah kenapa ibubapa yang kena marah..Apa hak pihak sekolah untuk menjerkah ibubapa kerana kesalahan anak...Kalaulah kesalahan anak saya kesalahan jenayah lainlah cerita....Dua malam saya tidak lena kerana menanggung geram dengan komunikasi yang kurang bijak dari Pengetua tersebut......Saya terfikir ini adalah maslah pendidik di Malaysia....mereka kurang didedahkan dengan kemahiran ' Customer Service'.....Guru-guru berkomunikasi dengan pelajar seperti pelajar ini tiada hak untuk mendapat layanan yang baik...jerkahan dan herdikan memang fenomena biasa dalam dunia sekolah...Saya bercakap berdasarkan 11 tahun saya berada disekolah sebagai guru....Saya hairan kenapa perlu mengherdik dan memaki hamun sedangkan kerjaya guru adalah kerja murni.......Mungkin ramai akan mengata ..apalah Miza ni lepas keluar dari sekolah dan jadi Pensyarah pandai mengutuk cikgu...Tujuan saya membangkitkan perkara ini adalah kerana Profesionalisme Perguruan adalah kerja murni...jangan dicacatkan dengan sikap dan personaliti guru yang tidak profesional...


Berbalik kisah anak saya tadi, sebenarnya saya telah mengeluarkan anak saya dari asrama dengan memberitahu warden anak saya yang saya hendak memberhentikan anak saya dari asrama..Warden tersebut mengatakan semua urusan keluar asrama kena rujuk kepada Pengetua.. Saya telah pergi ke sekolah tersebut 2 kali tetapi pengetua tiada..Saya tidak menghantar anak saya ke asrama dan ke seklah memandangkan dari komen guru asrama dan guru kelas anak saya bersikap negatif dengan guru2....ATARANYA pergi sekolah lambat, katil tidak kemas dan suka mengomen pentadbiran asrama ...Memanglah anak saya ni mulutnya laser.....saya tahu semua ni kerana dia telahhidup dalam susana asrama sejak berumur 4 tahun...kerana saya menjadi warden asrama sekolah yang berjiran dengan sekolah anak saya...Anak saya kerapkali membandingkan cara saya menguruskan asrama berbanding asrama sekolah dia....Bagi saya itu yang membuatkan warden dan Pengetua sekolah anak saya bersikap begitu terhadap saya...Tambahan pula asrama saya pernah menjadi Asrama Terbaik negeri Melaka, dan semenjak saya mentadbir asrama sekolah saya hampir setiap tahun asrama saya mendapat Anugerah dari jabatan negeri Melaka...dan mendahului asrama anak saya....
Antara yang saya selalu dengar komen dari anak saya....Tiada Astro, washing machine kena bayar, jadual jumpa ibubapa ketat, dan macam2 lagi....Saya tidak menyebelahi anak saya tetapi olehkerana banyak sangat yang negatif yang cuba di ungkitkan maka saya memutuskan anak saya keluar dr asrama memandangkan prestasi dia pun merosot berbanding tinggal dirumah.....Tetapi saya juga mengaku kesilapan saya kerana lamba mengambil anak saya dari sekolah pada hari tersebut dan tidak menghantar dia pulang ke asrama sehinggalah diberi kelulusan keluar asrama dari Pengetua..Perkara ini yang menyebabkan anak saya mendapat rekod disiplin yang tidak baik....Kepada ibubapa jika sekiranya anak anda di laporkan melakukan kesalahan disiplin.siasat dahulu sebelum membuat tindakan...Nasib baik saya tergerak hati berjumpa pengawal sebelum berjumpa Pengetua...kalau tidak tentu anak saya mendapat penampar sulung dari saya dihadapan pengetua....Kepada rakan guru..ambiklah iktibar dari keluhan saya ini....Interpersonal skill dan Emotional Intelligent adalah perkara yang perlu didalami oleh guru-guru setiapkali anda berhubung dengan pelanggan anda.....