Lantaran aktiviti hari minggu di taman rekreasi...aku telah meletakkan azam untuk terus menurunkan berat badan....Okay setelah menyuarakan hasrat dihati ramai kawan-kawan yang memberi sokongan....So pada pagi ini menu sarapanku adalah tomyam sayur-sayuran bersama anak ikan bawal putih.....setakat ni pukul 11pg belum lagi perut ni minta diisi....sudah beberapa minggu aku escape makan malam.....kalau ada pun sekali sekala bila ada orang ajak makan free...AKu akan merancang menu masakan yang healthy life style....nampaknya sayur dan buah-buahan akan menjadi menu utama..sudah pasti anak-anak akan bersungut dengan menu yang bakr and rebus and kukus....bagi aku itu tak der masalah kerana aku memang suka makan ikan bakar....kalau penat nak nyalakan arang...guna mikrowave ajer.....
Nampaknya aku kena beli alat penimbang berat dan juga alat-alat exercise...wah2 itu nampaknya budget tinggi...so cancel untuk sementara waktu....maklumlah sekolah akan bermula tak lama lagi...budget sekolah buka akan mencecah rm2k....untuk permulaan aku kena jaga pemakanan dan jogging...dan swimming...
Jogging..
untuk jogging tiada masalah...seorang kawan berbangsa India akan join aktiviti jogging pagi sabtu dan ahad bersama-sama anak-anakku...Aku harap jangan lepas jogging dia bawa kami breakfast roti canai dan nasi lemak sudahlah....Anak-anak tentu suka aktiviti jogging ni....Aku telah merancang aktiviti jogging di hutan lipur Ayer keroh dan juga Hutan Lipur Sungai Udang....Aku namakan aktiviti jogging ni Jogging 1 Malaysia....sebab ada seorang mamat India yang nak join..dan aku kena cari seorang yang berbangsa Cina....Tetapi itu semu atak penting ...yang penting aku dan anak-anak akan dapat menghabiskan masa bersama...siapalah yang aku ada selain mereka...walaupun mereka tidak sebijak anak orang lain tetapi merekalah yang akan bersama aku sehingga hari tuaku tiba....
Swimming
Swimming adalah exercise yang aku paling suka..cuma menjadi masalah lepas berendam perut berkeroncong....8 km dari rumahku ada kem tentera yang menyediakan perkhidmatan belajar berenang..kolam renang di Kem Terendak ini bertaraf dunia kerana acara sukan bertaraf dunia pernah diadakan disini...tak silap aku Sukan SEA...bayaran untuk berenang tidak mahal..so kalau aku dan 5 orang anak aku munkin dalam rm20 sahaja...pilihan yang ke 2 ..swimming pool kat ayer bandar Hilir ...Swimmingpool Majlis Bandaraya Melaka..tetapi ramai sanagt orang....gelilah pulak rasanya....Hermmmm kalau nak elakkan budget swimming kat Kuala Linggi...tetapi jauh lah pulah ...tentu duit minyak melebihi rm20.....tetapi semasa ayah anak-anakku bersama kami ..Kuala Linggi lah tempat berkelah hari Minggu....tapi itu semua hanya tinggal kenangan....
Apa-apapun yang penting...where there is a will there is a way.....go go chaiyokkkkkkkkk....
ehemmmm.....lamanya dah buang masa ..aku nak sambung research aku yang masih tak siap2...
2 ulasan:
Diet diet jugak, kat syitu tak mao hilang.
Tak faham lar....kat syitu tu aper dia.....lemak dah seluruh badan memang semua hukum buang....hehehe
Catat Ulasan