Selasa, 17 November 2009

Pentingnya Interpersonal Skill dan Emtional Intelligent..

Wah lamanya blog ni kesepian...ermmm what to do.....i m so busy my dear diary...hari ni ada byk perkara saya ingin berkongsi cerita....itupun kalau saya sempat menaip lama kerana kerja pemarkahan masih belum selesai..ok saya mulakan dengan pengalaman minggu lepas yang membuatkan saya 2 hari asyik terfikirkannya..

Pentingnya Interpersonal Skill dalam Profesionalisme Perguruan...

Pada hari Jumaat yang lepas saya di hubungi oleh Pengetua sekolah anak saya berkenaaan masalah didiplin anak saya...Nur Anis....Bagi saya ianya bukan maslah disiplin tetapi sangkaan buruk para pendidik kepada golongan pelajar...Saya dihubungi dengan panggilan talipon yang berbau kemarahan oleh Pengetua ni...menurut katanya anak saya berdating dalam kelas semasa pelajar lain sudah balik..Pengawal keselamatan yang menjumpai mereka dalam kelas..Untuk mendapatkan maklumat saya bergegas ke sekolah...Dalam kepala saya memang anak perempuan saya ni nak kena penampar sulung dari saya..Setiba disekolah saya terfikir untuk menyiasat dulu perkara ini dari pengawal yang bertugas..menurut katanya ada 2 org pelajar yang tinggal dalam kelas yng berasingan semasa jam 12.30th...anak saya bersendirian sedang membaca novel dikelas 3RK3 dan kawannya di kelas 3RK2....bersama pelajr lelaki senior..Saya pun berasa lega kerana menurut cerita pengetua anak saya berdating didalam kelas...Saya pun ke Pejabat ingin berjumpa pengetua tersebut.Wah bukan main eksyennya pengetua tersebut melayan saya sebagai pelanggan...Saya fikir kalau anak saya yang buat salah kenapa ibubapa yang kena marah..Apa hak pihak sekolah untuk menjerkah ibubapa kerana kesalahan anak...Kalaulah kesalahan anak saya kesalahan jenayah lainlah cerita....Dua malam saya tidak lena kerana menanggung geram dengan komunikasi yang kurang bijak dari Pengetua tersebut......Saya terfikir ini adalah maslah pendidik di Malaysia....mereka kurang didedahkan dengan kemahiran ' Customer Service'.....Guru-guru berkomunikasi dengan pelajar seperti pelajar ini tiada hak untuk mendapat layanan yang baik...jerkahan dan herdikan memang fenomena biasa dalam dunia sekolah...Saya bercakap berdasarkan 11 tahun saya berada disekolah sebagai guru....Saya hairan kenapa perlu mengherdik dan memaki hamun sedangkan kerjaya guru adalah kerja murni.......Mungkin ramai akan mengata ..apalah Miza ni lepas keluar dari sekolah dan jadi Pensyarah pandai mengutuk cikgu...Tujuan saya membangkitkan perkara ini adalah kerana Profesionalisme Perguruan adalah kerja murni...jangan dicacatkan dengan sikap dan personaliti guru yang tidak profesional...


Berbalik kisah anak saya tadi, sebenarnya saya telah mengeluarkan anak saya dari asrama dengan memberitahu warden anak saya yang saya hendak memberhentikan anak saya dari asrama..Warden tersebut mengatakan semua urusan keluar asrama kena rujuk kepada Pengetua.. Saya telah pergi ke sekolah tersebut 2 kali tetapi pengetua tiada..Saya tidak menghantar anak saya ke asrama dan ke seklah memandangkan dari komen guru asrama dan guru kelas anak saya bersikap negatif dengan guru2....ATARANYA pergi sekolah lambat, katil tidak kemas dan suka mengomen pentadbiran asrama ...Memanglah anak saya ni mulutnya laser.....saya tahu semua ni kerana dia telahhidup dalam susana asrama sejak berumur 4 tahun...kerana saya menjadi warden asrama sekolah yang berjiran dengan sekolah anak saya...Anak saya kerapkali membandingkan cara saya menguruskan asrama berbanding asrama sekolah dia....Bagi saya itu yang membuatkan warden dan Pengetua sekolah anak saya bersikap begitu terhadap saya...Tambahan pula asrama saya pernah menjadi Asrama Terbaik negeri Melaka, dan semenjak saya mentadbir asrama sekolah saya hampir setiap tahun asrama saya mendapat Anugerah dari jabatan negeri Melaka...dan mendahului asrama anak saya....
Antara yang saya selalu dengar komen dari anak saya....Tiada Astro, washing machine kena bayar, jadual jumpa ibubapa ketat, dan macam2 lagi....Saya tidak menyebelahi anak saya tetapi olehkerana banyak sangat yang negatif yang cuba di ungkitkan maka saya memutuskan anak saya keluar dr asrama memandangkan prestasi dia pun merosot berbanding tinggal dirumah.....Tetapi saya juga mengaku kesilapan saya kerana lamba mengambil anak saya dari sekolah pada hari tersebut dan tidak menghantar dia pulang ke asrama sehinggalah diberi kelulusan keluar asrama dari Pengetua..Perkara ini yang menyebabkan anak saya mendapat rekod disiplin yang tidak baik....Kepada ibubapa jika sekiranya anak anda di laporkan melakukan kesalahan disiplin.siasat dahulu sebelum membuat tindakan...Nasib baik saya tergerak hati berjumpa pengawal sebelum berjumpa Pengetua...kalau tidak tentu anak saya mendapat penampar sulung dari saya dihadapan pengetua....Kepada rakan guru..ambiklah iktibar dari keluhan saya ini....Interpersonal skill dan Emotional Intelligent adalah perkara yang perlu didalami oleh guru-guru setiapkali anda berhubung dengan pelanggan anda.....

Tiada ulasan: