Rabu, 18 November 2009

Lelaki oh Lelaki

Pagi ini saya teringat isu yang dibangkitkan oleh rakan seperjuangan saya di tempat kerja...Kami sama-sama mengawas peperiksaan akhir tahun. Selepas mengawas saya makan tengahari bersama dia....Biarlah saya memanggilnya dengan nama Ms X....Kami bersembang berkenaan isu-isu kampus dan akhirnya berkisar kepada isu keluarga..Saya tertanya suaminya berasal dari negeri mana...saya tersedak bila dia memberitahu dia telah berpisah dengan suaminya 5 tahun yang lepas..Saya pun terkejut kerana setahu saya dia mempunya anak berumur setahun setengah...Mulut saya yang celupar ni pun bertanya...abis tu yang baby tu anak siapa...barulah saya tahu dia mengambil anak angkat dari negeri.........dengan memberi saguhati kepada ibu bayi tersebut sebanyak rm8K dan membuat surat pengakuan sumpah bayi itu miliknya...Saya bertanya bagaimana dia ingin membesarkan bayi ini tanpa ada bapa.....lantas dengan pantas dia menjawab...lelaki bagi dia adalah problem...whattttt.....tersedak saya dengan statment itu....bila dia menceritakan kisahnya barulah saya tahu kenapa dia mempunyai persepsi sebegitu terhadap lelaki....

Saya terfikir akan kisahnya yang pahit berumahtangga...baginya dia bernasib baik kerana tidak melahirkan anak dari gen bekas suaminya..begitu buruk sekali tangapannya terhadap lelaki itu...Dalam fikiran saya pastinya kawan saya itu punya pengalaman yang teruk bersama lelaki bernama suami...

Kepada para lelaki....selalunya perempuan bila bersetuju menjadi isteri mereka ingin menjadi isteri anda sampai nafas yang terakhir.....tetapi jika kesengsaraan yang dihadiahkan dalam perkahwinan, wanita ini lambat laun akan berusaha keluar dari lembah yang penuh onak dan duri....walaubagaimanapun masih ramai lagi wanita yang masih dibelenggu dengan topeng perkahwinan yang kononya menjanjikan seribu kemanisan....

Bagi saya ..dulu saya mempunyai tanggapan yang negatif terhadap para suami...tetapi hasil dari pergaulan saya dengan kawan-kawan...barulah saya sedar bukan semua lelaki membawa masalah....kemungkinana kepada wanita yang teraniaya kerana lelaki bernama suami...anda adalah terpilih kerana Allah tahu anda orang yang kuat untuk menghadapi dugaan dariNYA...berikhtiar dan berdoa moga mereka berubah...dan sekiranya mereka tidak berubah..anda yang KENA BERUBAH...

Tiada ulasan: