Sabtu, 23 Januari 2010

Kaulah Bahgia kaulah Derita..(1)


Kalu baca tajuk macam aku nak tulis kisah cinta.tapi apa yang nak ditulis ialah cinta pada anak-anak yang 5 orang ni....makin lama makin mencabar sebagai SM ni...maklumlah anak-anak dengan Mama memang tak menakut.....aku paling bengang bila apa yang aku suruh depa buat tak layan..tapi bila volume dan piching aku dah berubah baru nak buat..Pertama sekali aku bengang dengan my no 1 and no 2...liatnya nak suh sembahyang 5 waktu....suka meleka2...dulu aku kecik2 tak der saper suh sembahyang,,,,,,mak dan ayah masa tu tak beratkan pun hal2 ni....tapi bila aku pergi beraya umah cikgu aku..kawan-kawan lain tumpang sembahyang...masa tu aku darjah 4 rasanya...mak oiiii malunya aku sebab aku tak tau sembahyang....macam nak menagis masa tu.....dari hari itu aku belajr sembahyang....walaupun masa tu mak dan ayah tidak bising2 dan ajar pun aku sembahyang..maklumlah zaman dulu hal2 agama ni tak berapa diberatkan sangat..tambahan pula ayah aku hidup dalam dunia Budaya Cina...sebab dia bekerja dengan Taukeh Lombong bijih ....

Aku beruntung kerana ada opah saudara yang ku panggil Opah Tupin dan anak-anaknya yang ku anggap mak saudraku wlpn mereka hanya sepupu mak aku saja.... mereka tinggal sekmapung dengan ku....keluarga nilah yang selalu ku contohi untuk bab2 agama ni....Di sekolah mengah walaupun bersekolah Convent aku berbaik dengan Ustazah Zaleha yang sanagt baik dengan ku....aku paling suka subjek Agama Islam dan merupakan Top scorer dalam kelas walaupun baju sekolah yang aku pakai skirtnyer singkat..aku pun hairan kenapa aku tak der baju kurung...dari situ aku belajar agama..pada waktu solat disekolah aku dan kawan2 akan bersembahyang di surau sekolah..Keluarga Opah Tupin bertambah rapat dengan aku setelah aku selalu menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan...teringat lagi SRP ku masa tu aku mendpat 9 agreget dengan 6 A...pada masa dulu keputusan begitu sudah cukup hebat untuk budak kampung yang serba serbi miskin yang selalu tak der duit untuk tambang naik bas ke sekolah.walaupun sekolah yang berdekatan ada tetapi aku memilih berseklah di bandar dimana ayahku pun menyokong keputusan aku..sekolah tersebut jaraknya lebihkurang 30km dari rumahku...saudara mara mengumpat keji tindakan ayah menghantar aku bersekolah dibandar...bukan aku takder peluang bersekolah asrama..tetapi semasa ujian MRSM diadakan ayah tak der duit untuk menghantar aku ke pusat ujian tersebut ..
Semasa tingkatan 3 ayah dan mak membuat keputusan pindah dari Parit 15 Chikus teluk intan ke Simpang 4 kampar perak...aku pun memohon tinggal di asrama puteri bersama budak2 Rancangan Khas...dengan itu bermula TIng 3 aku tinggal di asrama..dari sana aku byk belajar bab2 agama..maklumlah disana ramai pelajar2 dr kaum Jawa dimana mereka ni memang punya didikan agama yg baik....kak long pula pada masa ini telah mengikuti kakak angkatnya yg berkecimpung dalam Al-arqam..apalagi bila Kak Long dah berjinak2 dengan persatuan Islam ini...habis ayah dan mak ditarbiyah nyer.....aku berlainan dengan kak long...aku buat apa2pun untuk diri aku..orang lain aku pandai nak nasihat...maklumlah siapa kita nak memandai2 psal agama ni....sehingga sekarang pun aku tak pandai nak komen2 psal hal ni dgn org lain...tapi untuk anak-anak tu sudah menjadi tgjwb....syukur alhamdulillah wlpun aku tidak mendalami byk psal agama tetapi aku akur dengan suruhaNYA...

Tetapi bagaimana yer nak mendidik anak2 supaya tidak meninggalkan sembahyang...kalau masa bersekolah dan ada mak yang mengngatkan masih tidak mahu sembahyang cukup 5 waktu bagaimana jika mereka hidup sendiri nanti....apa yang aku belum buat ialah merotan..

Aku juga semakin goyah bila bersendirian mendidik anak2 yang macam2 hal dan kerenah..sekarang aku terpaksa meninggi-ninggikan suara dengan tujuan mendidik....
Betul kata Kak Long aku terlalu mengikut kemahuan anak-anak..sekarang baru aku sedar aku terlalu memberi kuasa membuat pilihan kepada mereka.....nasib baik seseorang menyedarkan aku....Aku bermasalah apabila menyediakan menu untuk waktu makan.....anak2 punya citarasa berlainan...jika aku memasak makanan yg diminta oleh kakak ..adik pulak merungut dan boikot tak mau makan......Si kembar sanggup tak mau makan jika apa yg aku masak tidak kena dgn seleranya...wahhhhh dahsyatkan anak2 ni...masa aku kecik-kecik dahulu agaknya bagaimana yer.....yang aku tahu aku tak suka ikan masin dan ikan sardin...lain semua aku makan....tapi masa aku sekolah rendah lagi aku sudah pandai masak...sebab mak ke sawah dan aku kena jaga adik2 dan membuat kerja rumah.termasuklah basuh kain dan pinggan mangkuk di tali air..dan mengangkat air minuman ke rumah...aktiviti petang disekolah jarang aku turut serta kerana menjaga adik2....maklumlah aku anak ke 2 dr 8 org adik beradik.pada masa aku berumur 14 tahun...sekarang kami ada 10 org adik beradik...walaupun susahnyer hidup tapi aku tidak menyesal punya mak dan ayah yang miskin..cumaaa aku pernah kena penampar dengan ayah kerana mempertikaikankan kredibiliti dia sebagai seorang ayah dalam islam...demam 3 hari aku dibuatnya..Tetapi anak-anak aku sekarang too demanding....ikut selera depa saja....dari makanan pakaian sampailah hal rumah dan kereta....samapikereta pun anak-anak sibuk memujuk tukar yg baru mcm kawan depa...masyaallah dapat kereta dan rumah yang sekarang ni pun aku bersyukur byk2 kepada Tuhan.....aku terfikir kalau aku tiada didunia ini mampukah mereka hidup sebagaimana apa yang aku sediakan sekarang..

Kalaulah ada kamera masa aku tinggal di kawasan sawah Parit 15 Chikus dulu pasti anak aku tak percaya..disitulah aku dibesarkan.....masih tergambar dalam ingatan sebuah rumah yang berlantaikan tanah dan berdaun tingkap guni padi...jauh dihujung sawah.....tiada berjiran...sebab ayah membina rumah di hujung sawah kerana itulah tanah swah miliknyer..untuk ke seklah aku perlu meredahbatas2 sawah...bila musim membajak batas2 ini ditimbuni lumpur2 kerana semua rumput2 dr sawah dinaikkan diatas batas.....aku akan mengangkat skirt sekolah dan memjinjing kasut meredah sawah dan tali air yg titinya sebatang kayu sejauh setengah km untuk sampai ke jalan tanah merah...dari jalan tanah merah aku akan menyarung kasut dan berjalan kaki di atas jalanraya sejauh 6km untuk ke sekolah kebangsaan chikus..bukan tak der bas tetapi tidak mampu membayar tambang bas...kalau ayahku baru dapat gaji merasalah aku naik bas...atau kalau tertembung dgn cikgu2 yang pakai kereta mereka akan menumpangkan aku dan adik2...semasa kak long masih bersekolah rendah dapatlah aku dan midah membonceng Kak long duduk dibelakang basikal tua mcm basikal sudirman milik ayah....sambil mengayuh basikal kak long akan marah2 sebab berat dan kami tidak mahu duduk diam..kadang2 kak Long akan menampar kami dibelakang sambil sebelah tangannyer memegang handle basikal...Kak Long memang terrer bawa basikal...tidak macam aku basikal besar ayah aku tidak tahu menungangnyer.....suruh ayah beli basikal kecik sampai habis sekolah rendah tak dapat dibelinya....aku terfikir kalau anak-anak aku yg perlu melalui semua ini sudah pasti mereka tak mau pergi sekolah..bagaimana mereka boleh bayangkan perut kosong dan berjalan kaki ke kesekolah...

Aku bersyukur kehadrat ilahi dengan apa yg kau kurniakan padaku,,,,,sekarang ini.....aku dan adik beradik yg lain mampu menukar taraf hidup ini dengan sokongan mak dan ayah yg aku sayangi...cuma ayah dijemput ilahi dahulu dan tidak dapat melihat kejayaan anak2nya.....al fatihah untuk bapaku Mohd Noor Bin Apol,,,,,bagiku dialah pejuang

2 ulasan:

My Life My World berkata...

Salam Miza, kau juga pejuang. Dan ternyata kau pejuang yang berjaya. Aku nampak itu. Sedih aku baca kisah kau, kita dilahirkan berbeza beza, begitu juga nasib kita. Sematkan di hati, kita boleh jadi yang terbaik di setiap permulaan hari.

Anak anak kita kekadang memang susah nak di didik, especially yang dah nak masuk remaja nih. Sepatah kita cakap, sepuluh patah dia jawab. Sabar jer lah ;)

mizadgreat berkata...

terimaksih acik....aku ni nampaknya kena berjuang samapai mati untuk hidup di muka bumimu ini........kekadang lunyai jiwa dan raga..apa nak kata kita hambaNYA....hanya mampu menerima taqdir..bukan takdir generator....lagipun ramai lagi yang lebih tak bernasib baik dari kita...sujud syukur padamu ya Allah...